Saturday 13 August 2016

Anak ke 4 Kandungan Luar Rahim

Kandungan Luar Rahim
*****************


Tak pernah terfikir akan terjadinya kandungan luar rahim pada diri sendiri. Bayangkan ya, eila pernah dimasukkan ke wad selama 4 hari. Masa tu belum buat buku merah lagi tau. Doktor tanya "awak pregnant ke?" Saya rasa saya pregant, sebab ada tanda-tanda seperti muntah-muntah, pening kepala, loya yang biasa terjadi kepada seorang ibu hamil. Sebelum tu memang eila tak pernah pergi lagi checkup mana-mana klinik untuk cek upt. Just cek sendiri je tu pun masih kabur lagi almost dalam 6 week. Oh ya, eila dimasukkan ke wad disebabkan ada bleeding dan rasa menyucuk je kat bawah perut. Dalam hati memang dah berdebar sangat sebab dah rasa diri tu pregnant tapi keluar darah! Memang cuak la. Sebab sebelum ni tak pernah pun bleeding ( 3 orang anak ). Walau orang cakap normal je kan. Ada je orang pregant datang bulan seperti biasa.

Tapi disebabkan ada rasa sakit sedikit eila terus ajak husband ke hospital menuju ke wad kecemasan, memandangkan waktu itu awal pagi, selepas subuh. Klinik swasta pun mana ada bukak lagi kan. Tapi bila sampai di hospital dah kurang rasa sakit tu. Alhamdulillah. Bila di ambil keterangan doktor pun mula buat scan perut. Alhamdulillah nampak jantung baby bergerak, Doktor pun cakap "Tahniah, awak pregnant" Masa tu rasa nak nangis pun ada walau ambik masa juga doktor scan nak nampak baby tu.

Dokor kata tu normal, mungkin saki baki darah yang dulu tak keluar habis. Rupanya dah 9 week! Allah, hati mana tak suka kan bila dapat tau diri ini bakal timang anak lagi. Terima kasih Allah. Tak henti rasa ucap syukur pada Allah. Doktor siap tanya "awak nak balik rehat kat rumah ke nak admit wad" ? Masa tu kat kampung husband. Eila decide nak balik rehat je kat rumah. Masih sempit pemikiran memikirkan nanti macam-macam diaorang buat kalau duk kat wad. Oh..rasanya majoriti ibu-ibu pun akan rasa macam tu. Ok, la bila suami cakap, mertua suruh rehat je kat wad sebab anak-anak nanti tak dapat nak kawal kalau rehat di rumah. Tak ada nya istilah "rehat" tu kan. Ok, cakap kat doktor tukar plan la. Admit wad je la. Rehat di hospital je.

See, doktor tak cakap apa pun kan. Jadi kita pun rasa benda tu normal. Boleh tarik nafas lega.

Dalam seminggu jugak la bleeding tu. Bila back to normal, kami pulang ke pahang. Tapi tak lama lepas tu bermula la episod datang "angin" dalam perut. Perut jadi kembung. Bila baring lama, nak bangun pun susah. Berlarutan sampai esoknya. Barulah ok. Anak-anak pun terpaksa mil ambil untuk jaga. Sebab eila pun memerlukan rehat yang cukup. Kerap juga jadi angin tu. Sampaila bila dah ok sikit barula eila buat buku merah.

Itu pun time kena kembung perut tu la tapi masih boleh bergerak sedikit berbanding sehari sebelum itu terbaring je. Kuatkan juga semangat nak buat buku merah sebab risau lambat buat kan nanti lagi susah nak checkup.



Gambar 1 : Buku merah untuk baby muhammad. Sempat sekali checkup je


Dah siap buat buku,hari yang sama jumpa doktor. Doktor buat scan lagi sekali. Ni doktor lain ya, doktor klinik ibu dan anak kat tempat sendiri. Apa doktor kata " aktifnya baby awak, excited dia gerak "

Tak ada pun cakap kandungan luar rahim. Masa tu dalam 11 week dah. Pelik kan. :) Doktor pun tak cakap apa jadi eila kena jaga kandungan macam biasa. Jantung baby pun nampak ok. Cuma doktor pesan je kalau ada bleeding lagi terus pergi hospital. NOTED!




 Gambar 2 : Hari pertama buat buku merah dan scan baby di klinik desa


Al kisah tibanya hari umat Islam berpuasa. Hari pertama.(Dalam 16 week kandungan)

1 RAMADHAN

Eila ambil vitamin macam biasa dan add dengan performance drink untuk elakkan dehidrasi sepanjang berpuasa. Dalam pukul 4 petang. Alamak! Kenapa keluar darah sikit tapi tak rasa sakit apa pun. Siap boleh bertahan sampai berbuka. 11.30 malam, nak tidur tapi tak boleh tidur. Perut ada rasa sikit memulas. Dan sekejap je jadi seperti kembung perut sebelum ni. Kejut husband bagitau hati rasa tak sedap. Mata pun rasa nak pitam sebab eila kurang darah. Husband ajak pergi hospital. Anak-anak yang tengah tidur terpaksa tinggalkan di rumah jiran. Terima kasih jiran sudi tolong kami, walaupun dah nyenyak tidur.
.

2 RAMADHAN

Jam dah menunjukkan lebih pukul 12 malam. Dah masuk hari kedua berpuasa. Masih kat wad kecemasan. Tak tahu apa keputusan doktor. Cek jalan, tak ada tanda nak gugur. Lega! Dalam hati ni memang berdebar je rasa. Dah duk kat hospital, faham-faham la kan. Scan lagi. Ok, doktor tak cakap apa-apa sebab nampak baby. Then,doktor cakap jumpa doktor lain pula di wad pakar sakit puan (wad bersalin). Sampai je di sana, dua orang doktor tau yang checkup. Rasanya doktor pelatih. Perut ni di tekan-tekan nak scan tu pun masih sakit. Kembung. Sabar dan berdoa dalam hati. Mulut duk berzikir je moga Allah permudahkan segalanya.

Masih tiada jawapan. Eila masih menunggu keputusan doktor. Suami kat bawah, sahur di kafe hospital. Jam dah masuk pukul 4-5 pagi macam tu. Diorang panggil doktor sorang lagi. Perempuan. Eila agak doktor pakar. Scan punya scan. DUMP! "awak mengandung di luar rahim ni. Tiub awak dah pecah, dalam perut awak penuh darah dah. Baby tak dapat diselamatkan. Kena keluarkan dan kena buat operation SEKARANG! call suami awak suruh naik atas." Allahuakhbar! mengucap panjang rasanya dengar doktor cakap macam tu.

Terasa bagai mimpi. :(

Baju ditukar, hati berdebar. Masuk dewan bedah. Diberi penjelasan oleh doktor bius. "Ada kemungkinan awak akan di masukkan ke icu selepas operate" katanya. Eila tak dapat bayangkan waktu itu bagaimana. terlantar atas bed, memang apa-apa yang doktor cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Rasa terkejut tu masih ada, sepantas kilat ianya terjadi.

Dalam bilik bedah nampak ramai doktor yang terlibat ada juga doktor lelaki. Masa mana dia bius dan eila pun terlena, eila sendiri tidak sedar. Sedar je masih mamai dan dengar suara orang kata " dah siap puan, bukak mata" Itu je. Bersyukur semuanya selamat.

Doktor bagi bungkusan janin pada suami memandangkan janin dah cukup sifat. Eila dapat tengok pun dalam gambar, suami tunjuk kat handphone.Masih segar di ingatan gambaran anak syurga kami.

Eila di masukkan ke wad biasa pada malam selepas operate. Doktor datang pada keesokannya nak pantau keadaan. "Janin awak saya dah bagi pada suami, uri awak besar. Miracle. Awak boleh bertahan sampai 4 bulan. Kuat betul awak". Ya Allah, air mata gugur sekali lagi depan mereka. Depan nurse dan doktor.
Eila rasa bersyukur sebab Allah masih panjangkan umur eila walaupun eila kehilangan anak, tapi eila tahu Allah sebaik-baik perancang. Eila dan suami ada saham di sana nanti InshaAllah.

Gambar 3 : Doktor bagi janin pada suami selepas selesai pembedahan


Buat ibu-ibu di luar sana, jagalah kandungan baik-baik. Kalau ada bleeding jangan ambik mudah. Pergilah cek di hospital swasta pun buat permulaan walau tak nak ke hospital sekalipun. Dalam kes eila mungkin tak nampak pada awal kehamilan. Eila pun tak tahu di mana silapnya sampai kan nak masuk 4 bulan kandungan baru doktor detect. Apa-apa pun eila terima dengan redha. Eila doakan semua yang baca entry ni, diberi kesihatan yang baik dan deliver dengan selamat untuk ibu yang mengandung. Amin.
.


Sedikit perkongsian tanda awal untuk mengesan KEHAMILAN LUAR RAHIM

- Pendarahan faraj yang tidak normal : Darah ini biasanya daripada haid biasa, sama ada ianya lebih banyak atau sedikit dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair

- Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut : Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor.

Gambar 4 : Gambaran bagaimana ectopic preganancy berlaku


Alfatihah buat wildan syurga ibu dan ayah.

Muhammad bin Mohd Fakhrul Razi
2 Ramadhan bersamaa 7 jun 2016


Gambar 5 : Sempat singgah sekejap ke pusara anakanda selepas berpantang

No comments:

Post a Comment