Wednesday 14 June 2017

Makan Vitamin Hamil, Anak Jadi Besar?

 "Aku tak nak la makan vitamin ni banyak-banyak, kan tak pasal-pasal kena cszer sebab anak besar"

Pernah dengar tak ayat macam ni?

Ramai yang takut-takut nak makan vitamin sebab katanya risau anak yang bakal dilahirkan akan menjadi besar dan sekaligus berkemungkinan untuk bersalin secara normal itu tipis.

Pengalaman kak eila pertama kali consume vitamin hamil shaklee, ketika itu kandungan yang ketiga, anak yang lahir hanya 2.54 kg sahaja. Normal la kan, takde la besar sangat. Nak bersalin pun mudah yang ni, alhamdulillah.

Jadi, persepsi orang yang kata makan vitamin hamil anak jadi besar dalam perut tu adalah SALAH sama sekali. Tak percaya? Cuba tengok dan baca apa yang doktor pakar ni cakap.


Malah disuruhnya lagi supaya makan berterusan sehingga habis pantang dan dijadikan rutin harian.
Tapi sekarang kebanyakan ibu-ibu hanya "allert" pengambilan vitamin sewaktu fasa mengandung sahaja kan. Padahal bagi kak eila, untuk kita dapatkan tenaga dan nutrisi yang cukup, memerlukan keperluan vitamin yang secukupnya supaya apa yang kita bekalkan kepada anak itu juga mendapat manfaatnya, terutama sekali untuk ibu menyusu.



Gambar 1 : Pandangan dari Doktor Hamid Arshat

Dan menurut Dr Muhammad Rafi dari Hospital UMRA, Shah Alam, vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu dan bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ianya membahayakan.

Bayi yang besar bergantung kepada baka atau adakalanya disebabkan ibu itu menghidap diabetis.

Apakah penyebab bayi besar dalam kandungan? 

Kak eila kategorikan kepada 3 faktor ya

⏩ Faktor keturunan : Ibu bapa yang besar melahirkan bayi yang besar
⏩ Terlalu bayak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung
⏩ Ibu yang mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi semasa mengandung (kencing manis)


Ada ke tips atau cara lain untuk mengelakkan bayi besar dari usia kandungan?

⏩ Penjagaan dan pemakanan adalah sangat penting semasa hamil
⏩ Kesihatan ibu hamil perlu dipantau setiap bulan
⏩ Ibu perlu menjaga pemakanan. Kurangkan pengambilan yang tinggi gula, berlemak dan karbohidrat
⏩ Merawat sebarang penyakit yang dihadapi ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain
⏩ Membuat rawatan susulan setiap pertumbuhan bayi setiap bulan


Sebagai kesimpulannya yang kak eila boleh kongsikan di sini adalah, ibu-ibu tidak perlu takut atau risau untuk mengambil vitamin semasa mengandung. Ini kerana ibu hamil memerlukan nutrien dan khasiat yang lebih daripada biasa berbanding ibu yang tidak mengandung supaya dapat melahirkan bayi yang sihat dan sempurna. InshaAllah. Dan setiap vitamin itu ada fungsinya yang tersendiri. Bukan hanya makan satu vitamin untuk keseluruhan fungsi.


Gambar 2: Cadangan vitamin untuk Ibu Mengandung

Monday 13 March 2017

Doktor tak bagi makan vitamin Shaklee


Teringat masa kandungan ni 6week, masa tu bleeding tapi sikit je. Disebabkan ada sejarah ectopic so kak eila memang alert untuk kandungan yang ni.

 
            Scan yang pertama untuk kandungan ke 5. Baby kecil sangat 0.7cm masa dalam 6week

 
Lepas dah buat buku merah terus pergi ke pakar o&g di hospital besar. Alhamdulillah scan tak ada apa-apa. Baby pun berada dalam keadaan yang baik dan dalam kantung. Doktor bagi ubat kuatkan rahim "dehapston" (betul ke tak ejaan ni?) Dan doktor kata stop dulu vitamin iron sebab takut menganggu dan rasa mual.

Selepas sebulan kalau tak silap datang balik checkup. Masa buat buku tu nurse nemang tak bagi tau vitamin ibu hamil. Dia kata sebab baru lagi. Mujur kak eila memang amalkan vitamin shaklee dan teruskan je makan bila disahkan hamil lagi.

Ish, bagi kak eila awal-awal la yang kena makan betul-betul vitamin. Entah, pelik. Malas nak tanya lebih-lebih sebab kalau dia bagi pun kak eila memang tak makan haha. Setia dengan vitamin shaklee je. Khasiat pun banyak huhu.

So berbalik cerita pasal datang semula checkup ke klinik o&g. Kak eila tanya doktor
"Sekarang saya dah masuk 10week, tak boleh lagi ke makan vitamin iron?" Dalam masa yang sama dia suruh teruskan ubat dephaston tu.

Doktor cakap ok je. Kak eila cakap nurse kat klinik memang belum bagi so saya makan yang sendiri dulu. Bila dia tanya vitamin apa awak ambik?

"Vitamin shaklee, vitalea adult"

"Oh, tak payah la makan yang pelik-pelik tu" kata doktor perempuan tadi.

Hoho, kak eila mengiyakan je. Padahal tak ikut pun. Kak eila tetap makan dan teruskan je.

Begitulah ceritanya. Tak semua doktor yang support kita makan vitamin shaklee selain dari vitamin klinik. Sebab mereka belum jatuh cinta dan tak pernah mencuba. Jauh sekali untuk mengkaji.

Its ok. Kita raikan perbezaan. Pendapat masing-masing.

Apa yang penting kita tahu apa yang kita amalkan dan terbaik buat bayi juga. Bukan main telan je. Tanpa usul periksa. Kak eila yakin shaklee selamat dan untuk jadikan sesuatu vitamin ini membelanjakan duit yang banyak untuk pastikan ia betul-betul berkualiti tanpa merosakkn nutrien dan zat di dalamnya.

Tapi kan sekarang ramai je doktor yang join shaklee hehe. Siap jana income sampingan lagi. Bukan kata nak kejar duit sangat tapi bila dah kaji sendiri dan rasa kebaikan produk comfirm jatuh hati. 😍

"Sekarang bila saya dah kenal saya dah study, I have no reason to fear.
This is a natural vitamin not synthetic one.
Diperbuat under strict supervision to sustain it's efficacy.
Safe, halal dan berkesan.
Selepas saya guna Shaklee baru saya tahu bahawa supplements yg bagus, berkesan dgn cepat.
Tak hairanlah walaupun ramai doktor yg against supplements, ramai sgt doktor yg amalkan supplements termasuk doktor2 pakar." - Doktor Hasifah
 
 
.
Kak eila
"Share ilmu kehamilan, berpantang dan menyusu"
 
 
Berminat dengan vitamin shaklee atau ingin menjadi agen dan sebahagian dari kami? Boleh roger kak eila ya
 
 
✉ PM ke fb Norshaila Yusof
☎ Call/Sms/WhatApp ke 013 3562795
COD Mentakab & Temerloh
POSLAJU seluruh MALAYSIA

Friday 10 March 2017

"Mengandung; tapi baby TIADA TEMPURUNG KEPALA"

Assalamualaikum,

Pernah dengar tak "Mengandung; tapi baby TIADA TEMPURUNG KEPALA"?
Dalam entry sebelum ni pun kak eila ada share bagaimana ianya terjadi. Post kali ni kak eila nak kongsikan sedikit kisah benar daripada perkongsian doktor Abdul Rahim terhadap pesakitnya, dengan kata lain ibu hamil yang teringain sangat nak mengandung tapi disahkan bayi beliau mengalami simpton di atas. Jom kita baca.


" Masa di Klinik tadi,
 sepasang suami isteri muda jumpa doc dgn cerianya."
Doc kali ni balik raya ke kampung mesti ibu ayah suka. Cek kencing tadi POSITIF.
Depa tak akan tanya lagi bila lagi nak mengandung ni. Dah 5 tahun kawin ni?"
Doc tumpang gembira. Tetapi suuasana berubah bila doc buat ULTRASOUND. Doc dapati, JANIN yang dikandung KETIADAAN besar bahagian otak & tempurung kepala.. Ini akibat KETIDAK TUTUPAN SALURAN SARAF ( Neural Tube Defect) dibahagian kepala.
.
Antara PUNCANYA:

✔ 1. Kurang FOLIC ACID dalam darah ibu mengandung.

✔ 2. Keturunan Genetik.

✔ 3. Ibu yg ada Sawan atau Ibu Diabetik yg guna Injeksion Insulin.

✔ 4. Bila screen darah ibu TINGGI Alfa Fetoprotein.

Apabila doc mengkhabarkan hal diatas, peluk tangis mereka. Suasana sedih sekali. Doc cekal hati mengatakan risiko keguguran tinggi. Klu lahir pun bayi hidup 2-3 jam tanpa otak dan mati. Elok digugurkan.

Tapi mereka kempunankan anak. Minta tempoh nak fikir dan ikhtiar cara kampung
Aduh, bagaimana lagi doc nak nasihat mereka. Doc berdoa mereka diberi petunjuk. insyallah mereka jumpa doc kembali pada masa terdekat "

Gambar 1 : Keadaan bayi tiada tempurung kepala dapat dilihat masa scan
.
Sedih kan?
Kak eila juga tumpang sedih dengan ibu ini. Yalah, nak dapatkan zuriat tunggu lama sekali diuji dengan kes sebegini. Kak eila harap ibu ini bertabah dan redha dengan ketentuan Ilahi. Namun kita sebagai ibu haruslah mengambil langkah pencegahan terlebih dahulu, selebihnya kita serahkan pada Allah.

.
Nasihat kak eila, supaya ibu-ibu mengandung JANGAN abaikan vitamin tambahan semasa hamil terutamanya ASID FOLIC   


Gambar 2 : Kesan kekurangan folic acid


Allert ya ibu-ibu. Jangan ambil mudah. Kak eila pun bukan jenis yang suka makan vitamin sangat tapi bila fikirkan kesihatan dan keselamatan anak dalam kandungan inshaAllah mindset kita ubah dan kita jadi paksa diri juga untuk makan. Ikhtiar la selagi termampu. Klinik pun ada bekalkan vitamin ibu mengandung kan, cuma kak eila lebih prefer untuk makan asid folic shaklee. Salah satunya sebab asid folic terdapat dalam supplemen B complex yang mana ianya juga mengandungi 8 jenis kumpulan vitamin B yang lain (8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA), penting untuk saraf dan sebagainya.


Kenapa anda perlu memilih VITAMIN B shaklee??
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

  B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
   Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
    Mudah di telan ~ mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai harian BIOTIN
 Gambar 3 : Lengkap dengan asid folik dan 8 jenis vitamin B


.
Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan vitamin B complex dari kak eila boleh terus whatsapp ke nombor 013-3562795 atau pm inbox di facebook Norshaila Yusof

Murah je untuk satu botol RM53.75 tahan 4 bulan sangat berbaloi.
.
Kak eila
"Share ilmu mengandung, berpantang dan menyusu"

Friday 24 February 2017

Bahaya Placenta Previa ketika mengandung

Sebenarnya kan dalam kegembiraan hati seorang isteri apabila disahkan mengandung, terselit juga rasa kebimbangan sepanjang tempoh kehamilan 9 bulan lebih. Setuju tak?

Dalam tempoh itu macam-macam risiko kita bakal hadapi. Kak eila pernah kena ectopic pregnancy (kandungan luar rahim) Boleh refer pada entry post Ectopic Pregnancy, air ketuban kurang, dan lain-lain masalah alhamdulilah tiada lagi. Ada yang kena refer pakar setiap bulan disebabkan masalah kesihatan lain seperti darah tinggi, kencing manis, dan sebagainya. Bukan senang ya seorang ibu nak melalui fasa ini tanpa ada sokongan oleh suami dan orang sekeliling kan.

Satu lagi masalah yang biasa terjadi adalah mengenai apa yang kak eila nak bincangkan hari ini, iaitu PLACENTA PREVIA atau lebih sinonim dengan URI DI BAWAH. Sebelum tu, kak eila nak share lebih detail maksud uri atau placenta itu sendiri.

"Uri atau placenta adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.

Perbezaan uri yang normal dan uri yang berada di bawah (placenta previa)

Uri di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.

Biasanya kejadian uri di bawah ini terjadi apabila masuk usia kandungan 4 ke 5 bulan atau dalam 24week macam tu.  Masalah uri di bawah adalah sesuatu yang normal pada awal kehamilan, tetapi apabila kandungan berusia melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar. Sebab tu ada ibu-ibu yang mendapati uri kembali normal pada kedudukan sepatutnya selepas kandungan dah makin membesar. Jika uri ini masih kekal di bawah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa (PP).

 Kak eila pun baru tahu sebenarnya ada 4 keadaan atau jenis placenta previa ni. 
  • Jenis 1 : Low lying –  uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak berhubung dengan pintu  servik( OS )
  • Jenis 2: Marginal – uri berada di bahagian bawah rahim dan berada di pinggir pintu servik
  • Jenis 3: Partial –  uri menutupi sebahagian pintu servik
  • Jenis 4: Complete –  uri menutupi keseluruhan pintu servik
4 jenis placenta previa




Jenis ke 4 iaitu uri menutupi seluruh pintu rahim berisiko tinggi untuk mendapat kelahiran pramatang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simptom pesakit dengan memasukkan mereka ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.


Sumber arkib utusan online

Thursday 9 February 2017

10 CARA semulajadi untuk HAMIL KEMBAR

Assalamualaikum. 

Kali ni, eila nak kongsikan 10 cara semulajadi yang memungkinkan peluang untuk mengandungkan si kembar. Ia tidak semestinya sesuai untuk semua orang ye. Apa salahnya ikhtiar kan


Mesti ramai teruja bila dapat tahu hamil kembar kan 💓

.

1. Pengambilan Folat dengan konsisten

Ada kajian yang dilakukan menunjukkan wanita yang mempunyai kandungan folat tinggi dalam badan (atau mengambil folat dalam pemakanan/supplemen) akan meningkatkan 40% peluang kehamilan kembar. Akan tetapi ada juga kajian yang menunjukkan sebaliknya.

Namun untuk anda, wanita yang sedang berusaha untuk hamil, sangat digalakkan untuk konsisten dalam pengambilan folat. Ia dapat mengelakkan neural tube defects dan membantu menstabilkan hormon wanita.
.

                                                  

B complex shaklee mengandungi asid folic dan kesemua 8 kumpulan jenis vitamin B penting


2. Pengambilan produk tenusu

Kajian menunjukkan wanita yang mengambil produk tenusu yang banyak di dalam diet mereka adalah lebih berpeluang hamil anak kembar. Ini disebabkan oleh Insulin-like Growth Factor (IGF) dalam lembu dan mungkin beberapa hormon yang terlebih dahulu disuntik kepada lembu-lembu ini.


.

3. Umur yang meningkat

Wanita yang lebih dewasa (berumur, tapi tidaklah sampai umur putus haid tu), lebih berpeluang untuk hamil anak kembar. Saya pernah membaca, umur 30 tahun ke atas adalah sangat cerah peluang untuk mendapat anak kembar.

Wanita yang lebih dewasa akan menghasilkan hormone peransang folikel (FSH) yang lebih tinggi jumlahnya yang meningkatkan penghasilan ovum lebih dari satu. Akan tetapi, kadar kesuburan akan turut sama turun dengan meningkatnya umur. Jadi janganlah tunggu lama sangat untuk mengandung semata-mata untuk mendapat anak kembar. Nanti jangankan anak kembar, nak hamil seorang pun belum tentu apabila umur sudah jauh meningkat.
.

4. Hyperovulation

Apabila dua atau lebih ovum (telur) dikeluarkan ketika ovulasi berlaku. Ini boleh berlaku kerana genetik, putus haid, umur, mengambil ubi cassava dan pelbagai sebab hormon lain.
.

5. Genetik keluarga

Ia sebenarnya lebih kepada genetik di sebelah ibu. Jika keluarga sebelah ibu mempunyai sejarah kehamilan dan kelahiran anak kembar, maka peluang ibu itu untuk hamil anak kembar adalah lebih tinggi.

Ini adalah kerana hyperovulation genetic. Pastilah ibu yang akan mengalami ovulasi, bukan ayah kan? Maka genetik ini diwarisi dari keturunan sebelah ibu.
.

6. Ketinggian

Wanita yang memiliki ketinggian dan julat berat badan sederhana atau lebih mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hamil kembar. Selain itu, peluang akan lebih tinggi jika ibu itu seorang yang aktif bersenam.

.

7. Penyusuan Susu Ibu




Menyusukan bayi tidak mudah, tetapi tidakla terlampau susah. Jika anda masih menyusukan bayi anda sehinggalah hamil, dan masih lagi meneruskan penyusuan tersebut, kajian ada menunjukkan kemungkinan untuk mendapat anak kembar lebih tinggi.

.

8. Jumlah anak yang ramai

Semakin tinggi jumlah anak anda, maka semakin tinggi peluang untuk anda hamil dengan anak kembar. Sebab itu, jika anda perhatikan, anak kembar ini selalunya anak ketiga, keempat atau pun bongsu. Jarang anak kembar yang sulung.

.

9. Pengambilan Magnesium / Kalsium (
Makanan yang kaya dengan Kalsium)

Ada kajian yang menyatakan pengambilan kalsium boleh menaikkan peluang untuk hamil kembar. Ini juga mungkin berkait rapat dengan pengambilan produk tenusu seperti yang kak eila nyatakan di atas. Sebab produk tenusu memang kaya dengan kalsium dan magnesium. Akan tetapi janganlah sampai overdose pula.




Yang bab susu ni kak eila kurang gemar hehe. Tapi sebagai alternatif lain, kak eila amalkan pil kalsium dari shaklee OSTEMATRIX. Memang bukan sekardar kalsium tapi juga mengandungi magnesium dan vitamin lain. 
Dapatkan PROMOSI FEBRUARI ostematrix. Beli 2 diskaun 5%


10. Percubaan untuk hamil selepas berhenti merancang kehamilan

Jika anda dalam fasa merancang kehamilan, anda boleh juga cepat-cepat berusaha untuk hamil selepas sahaja perancangan kehamilan dihentikan. Ketika ini badan dalam fasa menstabilkan hormone dan mengambil masa untuk sesuaikan sistem badan dengan perubahan setelah perancangan kehamilan dihentikan. Ini boleh meningkatkan tahap hormon dalam badan dan peluang ovum yang lebih dihasilkan ketika ovulasi berlaku.

Kita hanya mampu berusaha. Allah juga yang memungkinkan kehamilan kembar itu terjadi sebenarnya. Dan kehamilan kembar juga datang dengan risiko yang pelbagai, begitu juga dengan selepas kelahiran mereka.

Jadi, jika begitu inginkan anak kembar, anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Perlu banyak belajar mengenai kehamilan, penyusuan dan penjagaan mereka.



.
Ok, itu sahaja tips dan perkongsian dari kak eila hari ni. Next time kak eila berkongsi lagi tips lain dan info KEHAMILAN buat ibu hebat di luar sana ya. InshaAllah.

.

--;--@ 🌹 Eila 🌹 konsulTibuMengandung
🌿013-356.2795 🌿
#AgenShakleeAnda
#SetHamil
#TTC
#CantikDanCergasKetikaHAMIL

Tuesday 7 February 2017

Promosi FEBRUARI 2017

Assalamualaikum.
Hari ni kak eila nak kongsikan PROMOSI yang berlangsung sepanjang bulan Februari 2017. Banyak tau dan semua best-best. Yang bestnya sebab dapat VITAMIN PERCUMA! Nak tak kalau kak eila nak bagi FREE jer. Tipulah kalau tak nak kan. Hehe, so u all wajib grab peluang yang kami tawarkan bulan ini ya 💗

Beli sebotol LECHITIN dapat FREE lagi sebotol

Beli Alfalfa botol besar atau kecil dapat PERCUMA lagi sebotol
BOTOL BESAR : 700 biji
BOTOL KECIL : 330 biji

Promosi OSTEMATRIX 
BELI 2 LESS 5%
atau
BELI 6 PERCUMA lagi sebotol ostematrix

PROMOSI VIVIX yang awesome. Ramai yang cari dan beli time promosi
FREE POS
FREE MEMBERSHIP lagi
dan dapat beli bersama MUG comel dari shaklee
FREE PAPER BAG


Wow, ada lagi promosi belian SET VITAMIN ASAS dengan pemilihan bersama mug shaklee atau tidak
dan dapat BEG COMEL ni dari shaklee



PROMOSI TAMAT SEHINGGA 28 FEBRUARI SAHAJA ya. TERHAD dan selagi masih ada stok.

Jika berminat boleh hubungi kak eila ya 013-356.2795 atau add faceobook akak Norshaila Yusof

COD : MENTAKAB dan TEMERLOH


Tuesday 31 January 2017

Kulit anak Putih Bersih & Gebu

Assalamualaikum, apa khabar semua ibu-ibu?

Bagi yang selalu mengikuti posting kak eila dengan anak shaklee fatini, mesti ramai yang dah tahu kisah perjalanan kami kan 😉

Ok, pagi ni kak eila nak cerita bagaimana kak eila boleh terjebak dan berkenalan dengan vitamin shaklee. Pada yang masih belum tahu, kak eila "bercinta" dengan vitamin shaklee sejak mengandungkan fatini anak kak eila nombor tiga. Sebelum tu kenal nama shaklee je belum fall in love lagi dengan produk lagi. Ha, bila dah rasa sendiri penangan set HAMIL dari shaklee terus rasa berbeza sangat dan banyak perubahan pada diri sepanjang kehamilan nombor tiga ni.

Mana tak nya, kalau dulu selalu sembelit je sampai lenguh duk meneran hehe, habis sakit kaki badan. Alhamdulillah masa mengandungkan si kecik cilik ni Allah permudahkan perjalanan. Banyak lagi perbezaan yang kak eila rasa. Kak eila listkan di bawah.

  • Dulu tidur malam selalu kena kejang kaki, sejak amalkan vitamin shaklee dah tak rasa semua tu
  • Sembelit tu tak payah cakap la, memang masa anak pertama kedua dah rasa. Taubat dah aih, tak nak rasa lagi huhu. Gerun mak, nak oi. 😁
  • Kalau bangun pagi mesti rasa mengantuk dan "malas". Mula lah kerja-kerja rumah tergendala. Tu semua dah berlalu selepas kenal Pil Kalsium Putih OSTEMATRIX dari shaklee. Rasa segar bugar je badan bangun tidur.
  • Sepanjang hamil, ada yang tegur "eh eila ni macam tak mengandung je. Aktif semacam". Penangan B complex + Vitalea + Vitamin C
  • Ni yang paling best. Dapat pulak kulit fatini ni masa baby sampai la sekarang putih gebu. Pinky girl gitu hehe. Kesan amalkan ESP setiap pagi dan malam. Tak percaya? Kak eila kongsikan lagi kisah fatini dan gambar dia dulu sampai sekarang. 😘

Fatini masa baby dalam 4 bulan kot masa ni.

Macam mana lah akak tak jatuh cinta dengan shaklee dik! Tengok kulit fatini masa baby ni kan memang geram sangat.

Kulit putih bersih asbab jaga pemakanan yang sihat dan amalkan vitamin mengandung dari produk shaklee. Lebih-lebih lagi minum ESP. Esp adalah sumber protein yang lengkap dengan vitamin, mineral dan asid amino, dimana sel kita juga perlukan protein kan untuk membentuk dengan sihat. Hasilnya taraaa, keluar la si fatini ni anak shaklee kak eila yang pertama hakikatnya fatini anak nombor 3. Maklumla masa kakak-kakak dia tak berpeluang lagi berjumpa shaklee 😊

Memang kak eila setia dengan ESP ni, vitamin ibu mengandung juga tak dilupa. Bukan je makan masa pregnant tau tapi wajib di amalkan oleh semua wanita dan ibu di luar sana.

Jom sama-sama Cantik dan Cergas ketika Hamil (Boleh like page kak eila
"Cantik dan Cergas ketika Hamil" untuk lebih banyak info mengenai kehamilan ibu-ibu ya)

Fatini sekarang. Dah berumur 3 tahun



"Adik bukan anak cina ibu, adik anak ibu dan ayah"


Baru-baru ni pergi checkup baby dalam perut. Nurse tanya

"Suami ada keturunan cina ke, sepet mata dan putih kulit dia"

Hehe, balik rumah itulah jawapan fatini. Bukan anak cina katanya. 😆

Bila depan nurse tak berani pulak cakap macam tu. "Adik malu". Pandai pulak malu dia huhu.


 Duta Cilik Shaklee



Ibu, ambik gambo neh adik nak makan OMEGA ni"

Maka terhasil la gambo yang cute miut ni (bajet kiut sendiri) hehe.

Anak shaklee sangat kan, walaupun masa pregnant ibu tak makan omega untuk kamu (salah ibu). Nasib baik sekarang kamu suka sangat. Vitamin kegemaran katanya. Memang tak cukup sebiji. Pantang nampak.

Patut la bijak pandai anak ibu sorang ni ya. Banyak akal. Petah bercakap. Senang Fokus dan mudah faham apa yang ibu cakap. Alhamdulillah.

*Eh, nampak tak kat belakang dalam peti tu? Ha, yang tu kak eila dan suami punya.VIVIX tonik ajaib. Next entry kak eila share manfaat vivix ni pulak