Wednesday 24 September 2014

Tips / Petua untuk kurus bersama SHAKLEE

TIPS UNTUK KURUS / DIET BESAMA SHAKLEE.....

Jom baca kisah testimoni PN. NANI ....... consume LECHITIN & CINCH SHAKE

Untuk mendapatkan kesan yang lebih mengujakan ambil CINCH SHAKE bersama-sama dengan LECHITIN. InshaALLAH ianya dapat membantu anda yang ingin pecahkan lemak atau kurangkan selera makan.. Jom baca testimoni daripada Nani setelah sebulan menggunakan Lecithin dan Cinch Shake ni..




Ok la..since I dah makan product shaklee CINCH and LECITHIN for a month...cube tekaa..dah berapa kilo berat saya turun??? heheh..jeng jeng jeng...I LOST....3 KG!!!Okla tu kan,,sebulan dapat turunkan 3Kg..lau turun mendadak nnt badan akan cepat naik..Ok ape..bukannye I bersenam pun..hehe..saya akan minum Cinch around pukul 11.30pg after I dah breakfast.


Then, saya kadang-kadang memang tak akan lunch pun sebab perut dah kenyang minum cinch tu..tapi saya akan lapar balik around 5-6pm. SO time ni saya akan dinner dah..saya mmg dinner awal..nnt ayah saya marah. sbb biasa org cina dinner b4 7pm..so ..my father cam tula..

Nak tau berat saya dulu berapa? starting from 48kg..berat saya naik smpai 65kg..antara sebabnya saya dinner after 7pm.mmg sape makan lewat malam bdn akan naik..so minum Cinch tu untuk gantikan makanan lain la.drpd ambik yg lemak n carbohydrate yang byk, baik minum cinch.lagipun cinch ni bukan sekadar mengenyangkan..tapi bakar lemak sekali,,n setiap malam b4 tido, saya akan ambik 3-4 capsule of Lecithin..yang ni pun bagus gak..memang seriously bakar lemak. setakat ni if saya makan lecithin sahaja without cinch,at least I lost 200-300gram per day..sometimes till 400gram per day..ok la tu lemak ilang ..byk tu sehari..

Dengan keadaan I yg bukannye bersenam nie..hehe..xsempat nk bersenam..bersenam ngan window shopping je.So, sesape yg nak kuruskan badan tu..sangatla saya saran kan ambik product ni..lagipun shaklee ni dah lama wujud kat dunia ni. So, kewibawaan product dia tak dapat di ragui la..and sekarang ni pun..mane2 I pegi mesti org akan cakap..diet ek?? nampak kurus la skang..hehe seronok bila ade orang cakap camtu.. Then, I decide to keep using this product until i reach my target weight,,tapi after dah smpai target pun still nak guna jugak..coz nak maintain la plak kan??
 

SELAMAT MENCUBA u all (^_@)

Cinch Shake ni ada 3 jenis perisa Vanilla, Chocolate dan Cafe Latte.. pilihan terpulang pada anda..Cinch Shake ni boleh diambil sewaktu makan tengahari dan inshaALLAH anda dapat tahan rasa lapar sehingga petang..







Berminat??



SMS / WhatsApp : 013 3562795
PM/INBOX :               Eilarazi Master
Email : shaila_anisha@yahoo.com

Friday 19 September 2014

Dah minum susu 4 GELAS...

Erkk kenyang.... (pengsan kalau minum susu 4 gelas woo)



oppsss...saya tak suka minum susu tapi saya cuba telan OSTEMATRIX...cara paling MUDAH dan elakkan rasa MUAL

nota kaki : 1 TABLET OSTEMATRIK = 1 GELAS SUSU

= jadinya saya dah makan 4 biji ostematrix la.... huhu..bijak-bijak....ni mesti excellent subjek mathematic ni ek... (^_@)



Thursday 18 September 2014

Pentingnya VITAMIN B






Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik
======================================

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang
==========================
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

  B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*
  Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*



Siapa yang memerlukan VITAMIN B COMPLEX?
==========================
STRESS – sering stress di tempat kerja or dengan masalah harian
PREGNANT – sangat sesuai untuk ibu hamil kerana mengandungi acid folic
MIGRAIN – selalu sakit kepala dan migrain
LESU – cepat penat dan lesu


Untuk sebarang order & pertanyaan…
pm@sms@whatsapp EILA 013 3562795

Tuesday 16 September 2014

Entry menarik untuk IBU HAMIL

Assalamualaikum, selamat pagi semua...

Post kat sini eila nak share mengenai kandungan , bayi dan ibu hamil...semoga mummy semua dapat manfaat ye...


Indahnya Pengalaman Seorang IBU ✿

Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:
Minggu ke7 hingga minggu ke8

✿ Bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.

Minggu ke9
✿ Bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.

Minggu ke10
✿ Dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.

Minggu ke11
✿ Dia boleh menguap.

Minggu ke14
✿ Dia boleh menggerakkan matanya.
Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda merasainya. Tidak lama selepas itu, anda akan kerap merasa dia mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya.

Bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa sebab seperti anda juga, ada masa-masanya dia hanya mahu berehat dan tidur. Menjelang penghujung kehamilan, dia akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang, kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.

Wednesday 10 September 2014

Perlu ke makan OBIMIN?

Selamat petang...dah makan petang ke.. :) sambil-sambil jamah jemput-jemput dan kopi panas tu, meh baca sedikit info mengenai OBIMIN...

Dulu pernah juga makan obimin sekejap sebab kat klinik dah kehabisan vitamin asas. Mak aih, terkejut tengok sebab tablet dia besar. ( Dah memang jenis tak suka tablet, ada je alasan kan ) hehe..Ok la makan jugak sebab fikirkan baby dalam perut ibu. Masa tu belum kenal dan cinta dengan vitamin shaklee lagi.... Dan tak tahu pulak yang rupanya obimin ni vitamin SINTETIK !! apa tu vitamin sintetik??

Ha, tu la yang ila nak cerita... Senang cakap analoginya begini :

Makanan tambahan terbahagi kepada 3

i) Sintetik ---- Umpama buah plastik



ii) Organik --- Umpama jus buahan dalam pek



iii) Semulajadi -- Umpama buahan segar




✒ Kebanyakan vitamin sintetik diperbuat daripada ekstrak petroleum, tar arang batu, dan gula kimia yang proses (kadang-kadang ditambah minyak ikan perindustrian yang diproses), dengan asid lain dan bahan kimia industri (seperti formaldehid) 


✒ Asalnya dibangunkan untuk menjimatkan kos. 

✒ Kebanyakan sintetik, petroleum, dan makanan tambahan akan melabelkan produk mereka sebagai vegetarian produk bukan diperbuat daripada tumbuhan tetapi diperbuat daripada haiwan


Biasanya mereka menggunakan perkataan "FOOD-BASED / SUPLEMEN berasaskan makanan " sebagai helah lain. Namun bahan-bahan kimia adalah keutamaan.

Tak percaya? Meh eila tunjuk


Rupa obimin selepas terkena air, dah macam crayon kan....

Mujur la pregnant kali ke 3, eila diperkenalkan dengan shaklee, vitamin SEMULAJADI. Dan eila ambik cadangan SET HAMIL shaklee 


Cadangan SET HAMIL shaklee yang ASAS

Nampak tak, kat dalam set tu ada vitamin multivitamin VITA-LEA . Tu la vitamin "peberet" eila, :) nak gantikan obimin, eila makan vita-lea ni. HB makin lama makin naik sampai la deliver 13.2, teruja kan....kalau dulu HB semakin turun tapi lepas kenal dan amalkan vitamin shaklee memang nampak sangat beza dulu dan sekarang. 

Yang penting SEMULAJADI kan. Kita nak makan buah mesti nak makan yang FRESH, tak kan nak makan buah "plastik" perumpamaan macam tu la..so mummy yang kat luar sana, jom kita ubah dan bertukar kepada vitamin semulajadi.

Vitamin larut air

BERMINAT UNTUK ORDER?
(✿◠‿◠)

✉ PM ke fb Eilarazi Master
☎ Call/Sms/WhatApp ke 013 3562795
COD : MENTAKAB & TEMERLOH
POS : SELURUH MALAYSIA, SABAH & SARAWAK


Saturday 6 September 2014

Sharing SOALAN LAZIM ibu terhadap pemakanan bayi

Seronok kan bila baby dah mula belajar nak makan. Mummy pulak yang excited ya :)

Tapi masih ramai mummy yang "blur" tentang apa yang boleh, apa yang tak sesuai untu baby...Jangan ingat makanan baby sama macam kita tau... ok, kat bawah ni eila share beberapa soalan lazim yang biasa mummy tanya dan ingin tahu....

Semoga bermanfaat ye.....



Just sharing..harap dpt membantu momies2 semua

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.




2) Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.

6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8) Bagaimana mahu buat puri?
Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google.

9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
Ya.
10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.

11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) Bila boleh beri ikan?
Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.

15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?
Baca, faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim ini :
http://rendambijirin.blogspot.com/

17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.

18) Bagaimana penyediaan oats untuk dicampur dengan puree?
Ringkasnya, rendam oats dengan air melebihi paras oats. Letak 2 sudu jus lemon/limau nipis/cuka epal. Biar 7 jam. Lepas 7 jam, bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa. Campurkan dengan puri buah/sayur kesukaan anak.

19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

21) Sepanjang anak berumur 6 bulan, hanya makan puree?
Secara umumnya, ya. Puri buah, puri sayur. 7 bulan boleh mula bubur nasi. Kemudian boleh campur bubur nasi dengan puri buah/sayur yang anak dah lulus 4-day-rule.
21) Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.

22) Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?
Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.
Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.

23) Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?
Puan Fiza Eliaza menjawab:
Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.
Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.
Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi.

24) baby sudah 8m..apa lagi menu yang bole kasi baby?
baby 8m dah boleh intro lebih sikit grains macam millet,quinoa,red rice,cous cous dan pasta..veges macam capsicum,cendawan,sayur daun hijau(kecuali bayam),beetroot..protein macam ayam,daging n kuning telur..dah boleh tumis,tambah rempah,tambah santan..4 days rules jangan lupa ya..termasuk rempah pun kene intro satu2 untuk 4 ari..

25) kalau sya intro puri pisang kt my bby 6m5hari perlu ke sya blend pisang tu?or memadai sy lenyekkan pisang n mix dgn ebm je?or perlu ke sy tapis lg pisang tu?
Intro samaada lenyekkan dan tambah sikit ebmpun boleh..atau pun puan letak dlm food feeder tu pisang, dan biarkan dia hisap sendiri

26) kenapa tak boleh letak gula dan garam dlm mknan anak berumur 2 tahun ke bawah?
Dalam setiap makanan sudah Allah jadikan masin, masam, manis, pahit semulajadi di dalamnya. Contoh rasa masin (celery), manis (keledek, labu), masam (tomato, oren) dan pahit (peria). Alangkah hebatnya Allah.

Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai.
Kalau tidak percaya, cuba sekali Puan makan nasi sahaja dahulu sebelum tambah apa-apa kuah/lauk. Bukankan rasa nasi itu lemak manis,

27) kentang bleh bg da kt bby 6m2w?kntg n sweet potato sme ke?
Kentang 8-10 bulan. Sweet potato = Keledek. Kentang berkanji dan tak banyak khasiat seperti keledek. Sebab itu tidak disarankan seawal 6 bulan sebab boleh menyebabkan sembelit.

28) menu nk buat cmpuran ikan cmner?..bby dh 8m..tgk cam dh jemu mkn cmpur ayam.
Ikan sebaiknya intro 10 bulan ke atas. Terbaik di usia 1 tahun. Ada Q&A mengenai perkara ini di komen-komen di atas.

29) Bila boleh intro bayam dan sayuran hijau?
Bayam, sayur hijau yang agak tebal daunnya 10-12 bulan.kalau baby ada masalah sembelit boleh lambatkan sikit sebab bayam tinggi zat besi yang boleh menyebabkan sembelit

30) t0fu tu kal0 dah bukak, mean dah guna separuh lebih nye mmg xleh simpan lebih sehari ye?? sb bile simpan sy tgk kaler bertukar kuning n air dy p0n bertuka kaler
Saya simpan paling lama seminggu dear..masuk dalam bekas kedap udara pastu isi air sampai penuh..pastu tutup n simpan fridge..selang 2 ari tukar air. Saya sarankan ibu-ibu yang nak beri anak tofu, makan sama tofu tu. Jadi tiada pembaziran dan tak perlu simpan lama. Kita nak ajar anak makan makanan berkhasiat, maka kita pun kena makan juga. Tambah dalam sup sayur, buat tofu kukus berkuah etc. Google sahaja resipi untuk soft tofu.

31) honeydew bole buat puree ke?
Honeydew boleh 8-10 bulan

32) Mangga dan epal kena kukus juga ke?
Mangga masak ranum 6-8 bulan. Epal kena kukus. Mangga tak perlu. Yang penting mesti masak ranum.

33) Macam mana nak naikkan berat baby?
Extra virgin olive oil (EVOO) boleh bantu naikkan berat. Bayi 6 bulan belum boleh beri EVOO. Tunggu 7 bulan ke atas. - See more at: http://muhammadnuruddinhajibashah.blogspot.com/2012/10/persoalan-asas-solid-food-for-baby.html#sthash.pBxAEfOC.dpuf
Blog ini memberi panduan tentang teknik merendam, menapai dan mencambah bijirin penuh, kacang dan kekacang untuk kebaikan kesihatan kita.
rendambijirin.blogspot.com|By Fay Farah Rahim

Makanan PEJAL PERTAMA bayi

UMUR 6 BULAN : 

- Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiasakan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.

- Mulakan dengan 1 hidangan sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan (1sudu makan) pada breakfast ( 10am or 11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.

- Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum ready untuk makan solid food. Jangan sesekali campurkan nestum/cereal ke dalam botol susu baby, BAHAYA!.

- Jika baby anda menerima makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (anggaran dalam 2 weeks) jadikan 3 hidangan setiap hari dengan meningkatkan kuantiti makanan.

- Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba ambik makanan tadi  dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.

- Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah  Brown Rice ,  Avocado  & Banana, Apple , Pear , sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin


UMUR 7 ~ 8 BULAN :

Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley , Avocado , Apple , Banana, Appricot, Manggo ,Peaches, Pear , Plum , Prune, Pumpkin, Sweet potato , Dates, Green bean,Carrot , Peas ,Zuchini, Kacang Peas , Ayam, tauhu @ tofu lembut

 UMUR 8 ~ 10 BULAN :

Brown Rice, Oat, Barley ,  Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax  Avocado , Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki),  Banana, Manggo , Blueberries, Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef , egg yolk & fish , plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery , halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)


UMUR 10 ~ 12 BULAN : 

Semua jenis grain ,  Keledek Oren/Ungu, Avocado , Appricot, Blueberries, Cherry,Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki),  Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam , tomato, , whole egg & any fish


sumber : Panduan Pemakanan Bayi

Thursday 4 September 2014

Kenapa Rahim Bengkak?





Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.


kredit : fb dr malinda 

Wednesday 3 September 2014

Bergunakah VITAMIN tambahan??

Morning everybody.. Bila terbaca artikel ni, teringat pulak ada sesetengah customer saya tanya 

"berapa lama baru boleh nampak kesan" terutama bila consume SET DIET / KURUS. Kalau boleh nak turun cepat je kan. Hehehe.. tak nafikan ada yang turun berat dalam masa sebulan consume. Tak mustahil. Tapi bagi saya, banyak faktor sebenarnya, kena tengok jugak cara pengambilan makanan lain termasuk kuantiti makanan tersebut. 

Untuk lebih jelas, apa kata kita baca artikel di bawah.
 
Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?


Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan
pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat
membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan
untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:

Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.

Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab

Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.

Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.