Friday 27 February 2015

Dadih coklat Koktel

Tengahari ni makan desert ala-ala orang putih hehe.. (omputih la sangat kan..hehe). Mudah je, campak-campak, siap dan makan.....nyummy..memang sedap...!!


Tarraa....dah siap..!

Bahan-bahan Dadih coklat koktel

Serbuk dadih perisa coklat

Susu sejat

Gula

Buah-buahan koktel dalam tin


Cara untuk buat dadih

Didihkan 3000 ml air, gula 100g dan susu sejat @ susu cair 1 tin

Padamkan api dan campurkan kandungan serbuk dadih. Kacau 5 minit hingga sebati.

Tuang dalam acuan dan sejukkan dalam peti.

Sedia untuk dihidang, campurkan dalam bekas, dadih, buah koktel, dan susu cair...letak ais sikit bagi sejuk..sedap makan time musim panas ni..

Sedia untuk di makan..nyummy..sedap!!


Selamat mencuba...





Wednesday 25 February 2015

Kek Coklat CHEESE

Memandangkan ramai yang suruh saya pm resipi kek yang saya post di facebook Eilarazi Master tempoh hari, so saya kongsikan di dalam entry blog saya kali ni ya....yang penting sedap dan lembut..oh ya if sesiapa tak suka cheese yg berkrim ni, boleh kurangkan sedikit sukatannya..sebab agak muak jugak untuk sesiapa yang tak suka dan jarang makan cheese :)





Bahan-bahan Kek Coklat

4 Biji telur gred A
1 Cawan gula kastor (Pakai gula biasa pun boleh..blend halus dulu ya)
1 Cawan susu pekat
1 Cawan susu cair
1 Cawan minyak jagung
1 Cawan koko
1 1/2  Cawan tepung kek
1 sd Baking powder
1 sd Serbuk bikarbonat
1 sd Esen vanilla


Cara-caranya

Mix telur dan gula hingga naik bau dan gebu

Masukkan susu pekat mix sebati

Masukkan susu cair dan minyak. Kemudian mix lagi bagi sebati

Masukkan bahan-bahan lain, tepung, serbuk koko, bikarbonat, baking powder ( bahan ni saya mix dulu dalam bekas lain kemudian ayak untuk dapatkan kek yang gebu dan lembut )

Masukkan esen vanilla dan kacau sebati. Setelah sebati curah dalam loyang separuh adunan dan kukus selama 20 minit

Kemudia di selang selikan dengan adunan cheese 20 minit dan baki adunan coklat tadi 20 minit. Kukus sehingga masak.

Sejukkan sebelum keluarkan dari loyang dan sedia untuk dimakan..nyummy!! :)


Untuk adunan cheese pulak :

250g Cream cheese (saya guna brand tatura)



1/2 Cawan gula kastor

1 Biji telur

1 Sudu tepung gandum

2 Sudu air

1 Sudu esen vanila

Cara-caranya : Mix semua sehingga sebati ....


Selamat mencuba :)

Thursday 12 February 2015

Pentingnya Kalsium untuk IBU MENGANDUNG

Saya yakin ramai ibu-ibu di luar sana agak "culas" untuk minum susu kerana rasanya kadang-kadang rasa mual dan susah nak telan. Termasuk la diri saya sendiri, serius tak gemar minum susu sejak dari dulu lagi. Kalau minum pun semasa tau pregnant baru minum. Itu pun masa awal kehamilan je agak konsisten sebab excited nak dapat baby baru. :)


Namun  semuanya berubah apabila saya tahu PENTINGnya keperluan kalsium untuk ibu-ibu hamil bahkan, bukan semasa hamil sahaja tetapi juga selepas hamil dan juga golongan dewasa lain. Ini kerana kajian menunjukkan keperluan kalsium di dalam badan seseorang oleh seorang dewasa adalah sebanyak 1000mg
Gambar 1 : Keperluan kalsium mengikut umur


Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.

Gambar 2 : Sumber kalsium dalam makanan
Pengambilan kalsium cukup penting untuk wanita hamil. Kalsium diketahui penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi. Sumber mineral ini juga membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah.
BAHAYA jika seorang Ibu HAMIL & MENYUSUSKAN kekurangan KALSIUM
Petikan daripada KOSMO
MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya. Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang. “Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula. Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.

MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang. “Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.




Gambar 3 : Kesan kekurangan KALSIUM

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.

TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.

“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal. “Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya. Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah. “Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.

Sumber Rujukan: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm
  
Nampak tak, kenapa saya tekankan pentingnya KALSIUM buat ibu hamil dan ibu menyusu khasnya. Yang penting, apabila kita pasti dan tahu berapa ukuran atau sukatan bagi setiap apa yang dimakan oleh kita, maka tubuh badan kita akan mampu menyerap dan menerima segala vitamin dengan lebih baik. 
Pilihan saya yang tak suka minum susu ni, adalah dengan mengamalkan 4 bji ostematrix sebelum tidur

Gambar 4 :Penyerapan kalsium diserap sepenuhnya selepas 12jam

Mengapa perlu memilih Ostematrik? 1. Pil Kalsium Ostemarik menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Ianya disediakan dalam bentuk tablet yang mudah untuk ditelan. 2. Kalsium dan isinya paling seimbang dengan kadar penyerapannya adalah 99%. 3. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Magnesium dan vitamin D membantu ibu hamil supaya tidak sembelit berbanding tablet kalsium yang lain. 4. Vitamin D dan magnesium yang terdapat di dalam ostematrik membantu penyerapan kalsium yang lebih baik di dalam tubuh. 5. 4 tablet ostematrik dapat memenuhi keperluan kalsium harian ibu hamil, juga altenatif yang terbaik bagi ibu hamil yang tidak gemar minum susu.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Mengapa perlu memilih Ostematrik? 1. Pil Kalsium Ostemarik menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Ianya disediakan dalam bentuk tablet yang mudah untuk ditelan. 2. Kalsium dan isinya paling seimbang dengan kadar penyerapannya adalah 99%. 3. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Magnesium dan vitamin D membantu ibu hamil supaya tidak sembelit berbanding tablet kalsium yang lain. 4. Vitamin D dan magnesium yang terdapat di dalam ostematrik membantu penyerapan kalsium yang lebih baik di dalam tubuh. 5. 4 tablet ostematrik dapat memenuhi keperluan kalsium harian ibu hamil, juga altenatif yang terbaik bagi ibu hamil yang tidak gemar minum susu.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Mengapa pilihan saya OSTEMATRIX ??

1- 4 Biji tablet ostematrix = 1000mg keperluan kalsium yang diperlukan oleh badan. Sangat sesuai untuk saya yang tak suka minum susu. Hanya telan sahaja 4 biji sebelum tidur untuk penyerapan yang lebih optimun

2- Gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D dan bagus juga untuk yang mengalami masalah SEMBELIT.

3- Kombinasi kalsium dengan magnesium dan vitamin D adalah penting kerana ianya merangsang kesan penyerapan kalsium yang tinggi oleh tubuh manusia.


Gambar 6 : Ostematrix lebih daripada kalsium



Jika ibu-ibu di luar sana ada masalah seperti saya untuk minum susu, boleh la cuba dengan ostematri ni ya....

(✿◠‿◠)

✉ PM ke fb Eilarazi Master
☎ Call/Sms/WhatApp ke 013 3562795
Kepakaran saya " Membantu ibu-ibu tampil cergas dan cantik sepanjang kehamilan" 

Oh ya, kebetulan bulan ni PROMOSI ostematrix Beli 6 FREE 1. Jika nak beli 2 botol dapat less 5%. So, apa tunggu lagi..hubungi saya SEKARANG!!! ;)

 
Mengapa Kalsium penting? Kalsium dapat membantu pertumbuhan dan pembentukan tulang dan gigi janin. Selain itu ia membantu menghindarkan risiko osteopororis bagi ibu hamil. Kepentingan sumber mineral ini juga menyumbang kepada jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi, membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah. Sepanjang kehamilan juga kalsium membantu memperbaiki masalah kekejangan dan kebas-kebas, sakit sendi dan artristis.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Mengapa Kalsium penting? Kalsium dapat membantu pertumbuhan dan pembentukan tulang dan gigi janin. Selain itu ia membantu menghindarkan risiko osteopororis bagi ibu hamil. Kepentingan sumber mineral ini juga menyumbang kepada jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi, membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah. Sepanjang kehamilan juga kalsium membantu memperbaiki masalah kekejangan dan kebas-kebas, sakit sendi dan artristis.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Mengapa Kalsium penting? Kalsium dapat membantu pertumbuhan dan pembentukan tulang dan gigi janin. Selain itu ia membantu menghindarkan risiko osteopororis bagi ibu hamil. Kepentingan sumber mineral ini juga menyumbang kepada jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi, membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah. Sepanjang kehamilan juga kalsium membantu memperbaiki masalah kekejangan dan kebas-kebas, sakit sendi dan artristis.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Wednesday 4 February 2015

Tips lembutkan hati anak


Sayangi dan sentiasa peluk anak-anak


Mengikut sesetengah pendapat, kanak-kanak perlu dimanjakan dan jangan sesekali dipukul. Sekiranya dia bersikap 'degil' sekalipun cubalah kaedah lain untuk mengurangkan kedegilan itu. Kita pun pernah melalui usia sebegini dan pernah bersifat degil . Antara kaedah yang boleh dicuba dan dipraktikkan adalah:
1. Cubalah cara ini:
1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
2. Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak: 
           Membaca surah Thaha ayat 1-5
           Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
           Membaca bismillah 5 (3 kali )
3. Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.
4. Cara ini juga boleh dicuba:
1) Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
2) Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
3) Baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3kali. {"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"} dan hembuskan pada makanan/minuman.
. Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.
"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]
Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T segala usaha kita akan berhasil.
6. ✔ Amalkan Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri
Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz.
Tafsirnya: “ِAllah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
 Doa ibu bapa sangat terkesan buat mereka yang bergelar ANAK


Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.
Wallahua'lam
http://www.gempak.org/forum/117-tentang-agama/86322-petua-melembutkan-hati-anak.html
 Saya sayang Suami dan Anak-anak saya :)

Buat anak-anak ibu ayah, ibu doakan yang terbaik buat kamu semua. Semoga menjadi anak-anak yang baik, taat perintah Allah, tutup aurat, disayangi oleh semua orang, dan menjadi insan yang bertaqwa di jalan Allah.. Amin.....

Monday 2 February 2015

Promosi HEBAT sepanjang FEBRUARI 2015

Welcome FEBRUARI...wah hebat promosi bulan februari ni, vitamin KHAS untuk atuk, nenek, mak, ayah, ibu mengandung, anak-anak..aish, memang awesome sangat la. 1 family dapat PENJIMATAN berganda tau. Enjou consume suplement bersama dengan family.

Beruntung la, 4 item sekali PROMO dalam sebulan..Kalau sebelum ni, hanya 1 vitamin je promosi. Dan salah satu inisiatif shaklee adalah untuk membantu pengguna mendapat potongan yang lumayan, dan sedar atau tidak kita boleh buat stok vitamin kat rumah sebelum menjelangnya GST !!

Setuju ke setuju ? :)



Gambar 1 : SET SENDI & TULANG

Ostematrix - Kalsium dengan gabungan magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, dan boron. Semua nutrien di atas sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita, dan menghalang endapan sesetengah mineral.


** Bagus tau makan ostematrix ni terutama buat ibu mengandung. Nak dapatkan TIPS-TIPS elak kaki kejang? klik di sini ✏  http://eilarazimaster.blogspot.com/search/label/Ostematrix

AJHT - Satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi - sendi.