Wednesday 29 June 2016

GBS ketika HAMIL



27 june 2016
*********

Tadi pergi checkup kat klnik. nak cek bacaan hb. Masuk dalam bilik nurse, terpandang satu NOTE atas meja nama patient dan detail ibu mengandung yang tertulis "POSITIVE GBS" !!! Apa tu???

Pertama kali tengok perkataan tu kat klinik. Sebelum ni pun tak tahu sangat. Rasa lagi teruja nak gali ilmu dan sharing info dengan semua ibu mengandung terutamanya. Entry kat bawah eila ada sharekan apa itu GBS.

Sebelum tu eila nak bagi pencerahan dulu ya. Sebab mungkin ada yang salah faham atau musykil termasuk diri eila sendiri.

Adakah GBS ni melibatkan orang yang ada darah kumpulan B ke?? Terus eila bertanyakan kepada suami selepas balik dari checkup tu.
.
Sebab eila juga mempunyai darah jenis B+.
.
Katanya " tak lah. Nama tu sejenis bakteria ". Maknanya ia berisiko kepada sesiapa sahaja ibu mengandung.
.
Jadi jangan salah faham ya. 


NOTA:

GBS merupakan singakatan bagi Group B Streptococcus yang merupakan bakteria/kuman yang mendiami tubuh manusia dewasa.


Gambar 1 : GBS tiada kaitan dengan kumpulan darah


APA ITU STREPTOKOKUS KUMPULAN B (GBS)?
*****************************************************
.
Seriusly tak pernah ambil tahu dan mengetahui mengenai GBS ni. JANGKITAN KUMAN semasa hamil. dan risikonya boleh menyebabkan kematian kepada bayi. Allahuakhbar. Langkah pencegahan awal mesti dikenalpasti dan diambil langkah yang serius serta merta sebaik sahaja bayi dilahirkan.
.
Disini eila creatkan satu album untuk panduan ibu-ibu Hamil bersama untuk memberi ilmu, info dan kesedaran kepada kita supaya alert demi keselamatan ibu dan juga bayi, InshaAllah.
.

Apa itu GBS. Ada kawan yang mengatakan ia juga digelar "GENG BAS SEKOLAH" dan sinonim dikalangan staf nurse biasanya.
Namu GBS itu sendiri membawa maksud "Group B Streptococcus"

.

GBS adalah salah satu daripada pelbagai jenis bakteria yang biasanya hidup di dalam badan manusia. Kira-kira satu per tiga daripada kita "membawa" GBS di dalam usus tanpa kita sedari.

.

Terdapat sejenis ujian GBS, tetapi ia tidak dilakukan kepada semua ibu semasa hamil. Hanya ibu dengan masalah keputihan melampau atau masalah jangkitan kulat sekitar faraj / dubur kebiasaannya disaran untuk membuat ujian GBS. Jadi sekiranya ibu merasakan keputihan banyak juga mempunyai bau yang kurang menyenangkan, eloklah merujuk kepada doktor untu
k pemeriksaan susulan.
.



Sebenarnya ibu hamil sering mendapati mereka menghidap GBS secara kebetulan, apabila mereka menjalani ujian calitan faraj (vaginal swab) untuk memeriksa sesuatu yang lain. Jangkitan GBS ini juga boleh datang dan pergi, walaupun ibu positif terhadap jangkitan GBS pada awal kehamilan, ibu berkemungkinan tidak mempunyai GBS apabila bersalin. Pemeriksaan dari semasa ke semasa akan membantu untuk mengesan GBS semakin pulih atau sebaliknya.
.

inshaALLAH nanti eila akan kongsikan lagi info mengenai GBS ini ya. Banyak lagi kena gali ilmu untuk berkongsi kepada semua.

.
IBU-ibu hamil yang ingin mendapatkan konsultansi percuma mengenai kesihatan atau apa sahaja masalah, boleh pm eila untuk eila bantu.

Nak dapatkan vitamin SET HAMIL juga boleh whatsapp eila 013-3562795.

Sama-sama kita berkongsi kebaikan dan manfaat buat semua.




Gambar 2 : Kuman GBS mengancam keselamatan bayi jika lambat mendapat rawatan





✉ PM ke fb Eilarazi Master
☎ Call/Sms/WhatApp ke 013 3562795
COD Mentakab & Temerloh
 POSLAJU seluruh MALAYSIA

 "Lebih banyak info sharing di facebook eila tentang dunia KEHAMILAN" :)