Wednesday 17 December 2014

5 Tips Hilangkan STRETCH MARK

"Stretch mark" atau Rekahan KULIT kebiasannya terjadi kepada Ibu Mengandung dan selepas bersalin.

Tapi jangan tak tahu, ianya juga boleh berlaku kepada orang lain contohnya orang gemuk yang kembali kurus. Parut kecil kesan regangan kulit itu mesti tak memberi keselesaan kepada kita kan. Pun begitu ada tips-tips yang boleh kita amalkan terutama sekali semasa mengandung lagi untuk mengelakkan kesan Stretch mark ni berterusan.

Antaranya adalah :

1 - Telur putih : Mengandungi protein yang bagus untuk mencantikkan kulit, menggebukan kulit, menghilangkan parut. Sapu telur putih pada parut stretchmark.




2 - Minyak zaitun : Tinggi dengan vitamin E yang bagus untuk kulit. Sapu pada parut stretchmark. Kulit akan melembut. Bila kulit lebih lembut, kulit akan mengembang dan menghilangkan parut sedikit demi sedikit


3 - Kentang : Jus kentang penuh dengan vitamin dan mineral yang membantu mengembalikan sel kulit. Caranya, potong ubi kentang. Sapukan pada parut stretchmark. Biarkan jus kentang keluar, kemudian biarkan kering sebelum cuci dengan air suam.


4 - Daun lidah buaya (aloe vera) : Potong daun lidah buaya, sapukan pada parut. Biarkan kering.




TIPS lain untuk hilangkan STRETCH MARK

Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit kering.

Banyakkan minum air mineral yang boleh membantu melembapkan kulit.

Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air.

Jika terasa gatal, jangan digaru secara kasar. Gunakan losyen dan sapu dengan lembut pada bahagian stretchmark yang gatal itu dan gosok lembut sehingga hilang rasa gatalnya.

Anda boleh menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera. Tujuan losyen adalah untuk mencegah kulit daripada kering dan mencegahnya daripada merekah akibat regangan semasa hamil. Sebaik-baiknya disapu selepas mandi. 



No comments:

Post a Comment