Thursday 14 August 2014

BAHAN masakan baby

Assalam dan selamat pagi..sebelum eila sharekan RESIPI untuk baby khasnya untuk baby Fatini, eila nak kumpul maklumat dan share dulu bahan-bahan yang boleh kita rujuk untuk pengetahuan ibu-ibu di luar sana. Semoga ianya bermanfaat untuk kita ya mummy... :)

Millet

Millet @ dalam bahasa malaysia dipanggil sekoi..biase kite dengar sekoi nie makanan burung..hihihi...tetapi khasiatnye same seperti beras perang kerana ia adalah 'whole gain' yang mengandungi serat yang tinggi.. Ianye juga sangat bagus untuk kesihatan dan baik untuk pertumbuhan, tumbesaran kerana ia mengandungi karbohidrat, protien dan juga lemak.

Boleh didapati di kedai farmasi cosway..madunye pun ada.
Penyediaan millet same mcm beras perang
Tempoh merendam millet 6-12jam..Kalau dah rendam tempoh masak sekejap sahaja. 3-4 sudu untuk sekali makan anggaran kasar la.
Kena masak. Boleh buat sup..+ vege..rebus sampai kembang..dan bleh + dengan fruit..
Millet 7m n above dah bleh intro kat baby

 Olive oil

Olive oil ada 2 dan ianya berbeza sama sekali cara penggunaannya : 
Pure olive oil utk menumis makanan baby (biasa nak menumis pakai butter pun boleh)

Extra virgin olive oil hanya letak dalam makanan baby x perlu tumis. (hanya tuang je sesudu evco dalam makanan dia setiap kali makan, boleh juga campur dalam puri buah, nasi, or apa-apa masakan)


Yogurt Farm Fresh.
Pengenalan yogurt kepada baby from 8m to 10m dah boleh bagi. Boleh campur dengan buah atau sayur seperti lobak, saleri, kurma, kismis, buah naga dll. Yougurt lebih baik digunakan dalam masa seminggu. Yogurt ada la probiotik..mengandungi sejuta bakteria baik..yang baik untuk badan kita... Kalau baby selseme@batuk seeloknye elak kan dari mengambil yogurt sebab yogurt dari tenusu.. Ia boleh menggalakkan lg kahak..


 Cheese Brand TATURA

 

 Cream Cheese Brand BEQA

Cheese boleh diperkenalkan kepada bayi 8bulan dan ke atas. Sebaiknya beli yang dalam bentuk BLOK. Sebab yg slice biasanya agak masin dari blok. Boleh parut dan campur dalam masakan baby. Caranya letakkan cheese selepas masak dan api ditutup kerana cheese akan cair dengan sendiri. Brand BEQA biasanya lebih tahan lama daripada brand tatura. Simpan dalam sejuk beku.


Bilis yang di sangai
1 : Cuci bersih-bersih ikan bilis, buang tulang, taik ikan bilis tu..hehe Then rendam semalaman.
2 : Lepas dah rendam semalaman tapis. Biar 15 mini. Lepas tu sangai atas pan.
3 : Sangai sampai warna kekuningan sikit. Make sure sangai betul-betul supaya stok tahan lama(xrosak).
4 : Blend halus. Simpan dalam bekas bertutup. Siap!

*So nnt bole campur dengan bubur nasi sebagai perasa tambahan. MSG ni gantikan garam utk makanan baby kite. Elakkan penghunaan garam below 2 years old.

 Organic Rolled Oats
Boleh perkenalkan oat untuk 8 bulan ke atas.
Organic oat tidak berapa sesuai untuk diperkenalkan kepada baby

1 comment:

  1. Assalamualaikum sis.. Nak tanya.. Brand tatura cream cheese tu ada sikit garam kan... Anak saya usia 8 bulan lebih.. Bolehkah masukkan cream cheese tu ke dalam masakan utk sebagai makanan dia?

    ReplyDelete