Thursday, 11 December 2014

Tingkatkan bacaan HB (Hemoglobin)

Majoriti, ibu-ibu #HAMIL mesti terlibat dengan bacaan Hb low ni kan..
.

Anemia : kurang darah iaitu kepekatan darah merah kurang dari biasa
.

Punca : kurang makanan yang mengandugi ZAT BESI / IRON, kerap bersalin dan jangkitan cacing atau pendarahan dari faraj.
.

Tanda : pucat, letih, lesu, bengkak kaki, kebas tangan
.

Jom kita tengok dan checklist tahap paras hb dan analisanya

Paras Hb (g/dl)

6.9 = Sangat TERUK
6.9 < 8.0 = Teruk
8.0 < 9.5 = Sederhana
9.5 < 10.5 = Ringan
10.5^ = Bagus (y)

Anda di tahap yang mana?? Eila pernah capai bacaan Hb 13.2 last checkup sebelum deliver. Masa tu mengandungkan fatini (baby shaklee). Memang berbeza sebab masa mengandungkan anak pertama dan kedua bacaan hb makin menurun..sebaliknya selepas konsisten amalkan set hamil shaklee untuk fatini masa dalam kandungan, bacaan hb makin meningkat. Alhamdulillah.


Sumber makanan untuk tingkatkan bacaan Hb (hemoglobin) untuk ‪#‎IBU‬ ‪#‎HAMIL‬

1 . Seafood :
Seafood adalah makanan sumber hemoglobin. Berbagai jenis makanan laut seperti tuna, kerang, salmon, tiram dan sardin merupakan sumber hemoglobin yang baik.
.
2 . Daging :
Daging adalah sumber makanan paling kaya hemoglobin. Daging juga mengandungi vitamin B – 12, yang juga berguna untuk membantu menjaga peningkatan zat besi yang normal dalam tubuh. Daging merah adalah sumber hemoglobin terbaik.
.
3 . Telur :
Kuning telur merupakan sumber yang juga sangat kaya hemoglobin. Kuning telur kaya zat besi yang membantu tubuh untuk menghasilkan hemoglobin.
.
4 . Produk tenusu :
Produk tenusu seperti susu, buttermilk, dadih dan keju juga merupakan sumber hemoglobin yang baik.
.
5 .Kekacang:
Kekacang seperti buncis, badam, atau kacang putih mengandungi jumlah zat besi yang baik. Labu dan biji labu juga dapat membantu untuk meningkatkan tingkat hemoglobin dalam darah .
.
6 . Sayuran :
Sayuran seperti sawi dan bayam, yang banyak dijual di pasar sangat membantu dalam pembentukan hemoglobin. Hal ini membantu untuk meningkatkan tingkat jumlah sel darah merah.
.
7 . Buah:
Buah-buahan juga merupakan sumber terbesar dari zat besi. Buah juga banyak mengandungi antioksidan, vitamin, dan mineral, yang sangat penting bagi tubuh manusia . Buah yang kaya akan zat besi adalah kismis, anggur, tomato, pisang, strawberi.
.
8 . Rempah-rempah :
Rempah-rempah seperti jintan, kunyit, dan kayu manis merupakan sumber yang kaya zat besi. Oleh kerana itu, jangan lupa untuk menambahkan rempah-ratus ini kedalam diet Anda.

9 . Biji-bijian :
Biji-bijian seperti , tepung, beras, beras merah, sereal dan roti juga merupakan sumber zat besi. Seluruh biji-bijian juga merupakan sumber serat terbaik.

10 . Buah kering :
Buah yang dikeringkan seperti aprikot, plum, kurma dan kismis adalah juga merupakan sumber hemoglobin. Kandungan zat besi yang tinggi dalam buah kering akan membantu dalam membentuk pigmen merah dalam darah.

11 . Coklat :
Buat pencinta coklat, makan coklat yang dibuat dari 60% koko juga dapat meningkatkan kadar hemoglobin. Dark choclate adalah coklat terbaik bagi kesihatan, kerana terbuat dari 65% koko



 Gambar 01: Sel darah merah





No comments:

Post a Comment