Dalam tempoh itu macam-macam risiko kita bakal hadapi. Kak eila pernah kena ectopic pregnancy (kandungan luar rahim) Boleh refer pada entry post Ectopic Pregnancy, air ketuban kurang, dan lain-lain masalah alhamdulilah tiada lagi. Ada yang kena refer pakar setiap bulan disebabkan masalah kesihatan lain seperti darah tinggi, kencing manis, dan sebagainya. Bukan senang ya seorang ibu nak melalui fasa ini tanpa ada sokongan oleh suami dan orang sekeliling kan.
Satu lagi masalah yang biasa terjadi adalah mengenai apa yang kak eila nak bincangkan hari ini, iaitu PLACENTA PREVIA atau lebih sinonim dengan URI DI BAWAH. Sebelum tu, kak eila nak share lebih detail maksud uri atau placenta itu sendiri.
"Uri atau placenta adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.
Perbezaan uri yang normal dan uri yang berada di bawah (placenta previa)
Uri di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim)
semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa
proses bersalin.
Biasanya kejadian uri di bawah ini terjadi apabila masuk usia kandungan 4 ke 5 bulan atau dalam 24week macam tu. Masalah uri di bawah adalah sesuatu yang normal pada awal kehamilan,
tetapi apabila kandungan berusia melebihi 28 minggu, kebanyakan uri
sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar. Sebab tu ada ibu-ibu yang mendapati uri kembali normal pada kedudukan sepatutnya selepas kandungan dah makin membesar. Jika uri ini
masih kekal di bawah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa (PP).
Kak eila pun baru tahu sebenarnya ada 4 keadaan atau jenis placenta previa ni.
- Jenis 1 : Low lying – uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak berhubung dengan pintu servik( OS )
- Jenis 2: Marginal – uri berada di bahagian bawah rahim dan berada di pinggir pintu servik
- Jenis 3: Partial – uri menutupi sebahagian pintu servik
- Jenis 4: Complete – uri menutupi keseluruhan pintu servik
4 jenis placenta previa
Jenis ke 4 iaitu uri menutupi seluruh pintu rahim berisiko tinggi untuk mendapat kelahiran pramatang dan pendarahan. Kadang-kadang
pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa.
Doktor selalunya memantau simptom pesakit dengan memasukkan mereka ke
wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan
yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari
faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda
tidak mengalami PP.
Sumber arkib utusan online
No comments:
Post a Comment