Kali ni, eila nak kongsikan 10 cara semulajadi yang memungkinkan peluang untuk mengandungkan si kembar. Ia tidak semestinya sesuai untuk semua orang ye. Apa salahnya ikhtiar kan
Mesti ramai teruja bila dapat tahu hamil kembar kan 💓
.
1. Pengambilan Folat dengan konsisten
Ada kajian yang dilakukan menunjukkan wanita yang mempunyai kandungan folat tinggi dalam badan (atau mengambil folat dalam pemakanan/supplemen) akan meningkatkan 40% peluang kehamilan kembar. Akan tetapi ada juga kajian yang menunjukkan sebaliknya.
Namun untuk anda, wanita yang sedang berusaha untuk hamil, sangat digalakkan untuk konsisten dalam pengambilan folat. Ia dapat mengelakkan neural tube defects dan membantu menstabilkan hormon wanita.
.
B complex shaklee mengandungi asid folic dan kesemua 8 kumpulan jenis vitamin B penting
2. Pengambilan produk tenusu
Kajian menunjukkan wanita yang mengambil produk tenusu yang banyak di dalam diet mereka adalah lebih berpeluang hamil anak kembar. Ini disebabkan oleh Insulin-like Growth Factor (IGF) dalam lembu dan mungkin beberapa hormon yang terlebih dahulu disuntik kepada lembu-lembu ini.
.
3. Umur yang meningkat
Wanita yang lebih dewasa (berumur, tapi tidaklah sampai umur putus haid tu), lebih berpeluang untuk hamil anak kembar. Saya pernah membaca, umur 30 tahun ke atas adalah sangat cerah peluang untuk mendapat anak kembar.
Wanita yang lebih dewasa akan menghasilkan hormone peransang folikel (FSH) yang lebih tinggi jumlahnya yang meningkatkan penghasilan ovum lebih dari satu. Akan tetapi, kadar kesuburan akan turut sama turun dengan meningkatnya umur. Jadi janganlah tunggu lama sangat untuk mengandung semata-mata untuk mendapat anak kembar. Nanti jangankan anak kembar, nak hamil seorang pun belum tentu apabila umur sudah jauh meningkat.
.
4. Hyperovulation
Apabila dua atau lebih ovum (telur) dikeluarkan ketika ovulasi berlaku. Ini boleh berlaku kerana genetik, putus haid, umur, mengambil ubi cassava dan pelbagai sebab hormon lain.
.
5. Genetik keluarga
Ia sebenarnya lebih kepada genetik di sebelah ibu. Jika keluarga sebelah ibu mempunyai sejarah kehamilan dan kelahiran anak kembar, maka peluang ibu itu untuk hamil anak kembar adalah lebih tinggi.
Ini adalah kerana hyperovulation genetic. Pastilah ibu yang akan mengalami ovulasi, bukan ayah kan? Maka genetik ini diwarisi dari keturunan sebelah ibu.
.
6. Ketinggian
Wanita yang memiliki ketinggian dan julat berat badan sederhana atau lebih mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hamil kembar. Selain itu, peluang akan lebih tinggi jika ibu itu seorang yang aktif bersenam.
.
7. Penyusuan Susu Ibu
Menyusukan bayi tidak mudah, tetapi tidakla terlampau susah. Jika anda masih menyusukan bayi anda sehinggalah hamil, dan masih lagi meneruskan penyusuan tersebut, kajian ada menunjukkan kemungkinan untuk mendapat anak kembar lebih tinggi.
.
8. Jumlah anak yang ramai
Semakin tinggi jumlah anak anda, maka semakin tinggi peluang untuk anda hamil dengan anak kembar. Sebab itu, jika anda perhatikan, anak kembar ini selalunya anak ketiga, keempat atau pun bongsu. Jarang anak kembar yang sulung.
.
9. Pengambilan Magnesium / Kalsium (Makanan yang kaya dengan Kalsium)
Ada kajian yang menyatakan pengambilan kalsium boleh menaikkan peluang untuk hamil kembar. Ini juga mungkin berkait rapat dengan pengambilan produk tenusu seperti yang kak eila nyatakan di atas. Sebab produk tenusu memang kaya dengan kalsium dan magnesium. Akan tetapi janganlah sampai overdose pula.
Yang bab susu ni kak eila kurang gemar hehe. Tapi sebagai alternatif lain, kak eila amalkan pil kalsium dari shaklee OSTEMATRIX. Memang bukan sekardar kalsium tapi juga mengandungi magnesium dan vitamin lain.
Dapatkan PROMOSI FEBRUARI ostematrix. Beli 2 diskaun 5%
10. Percubaan untuk hamil selepas berhenti merancang kehamilan
Jika anda dalam fasa merancang kehamilan, anda boleh juga cepat-cepat berusaha untuk hamil selepas sahaja perancangan kehamilan dihentikan. Ketika ini badan dalam fasa menstabilkan hormone dan mengambil masa untuk sesuaikan sistem badan dengan perubahan setelah perancangan kehamilan dihentikan. Ini boleh meningkatkan tahap hormon dalam badan dan peluang ovum yang lebih dihasilkan ketika ovulasi berlaku.
Kita hanya mampu berusaha. Allah juga yang memungkinkan kehamilan kembar itu terjadi sebenarnya. Dan kehamilan kembar juga datang dengan risiko yang pelbagai, begitu juga dengan selepas kelahiran mereka.
Jadi, jika begitu inginkan anak kembar, anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Perlu banyak belajar mengenai kehamilan, penyusuan dan penjagaan mereka.
.
Ok, itu sahaja tips dan perkongsian dari kak eila hari ni. Next time kak eila berkongsi lagi tips lain dan info KEHAMILAN buat ibu hebat di luar sana ya. InshaAllah.
.
--;--@ 🌹 Eila 🌹 konsulTibuMengandung
🌿013-356.2795 🌿
#AgenShakleeAnda
#SetHamil
#TTC
#CantikDanCergasKetikaHAMIL
No comments:
Post a Comment