Selamat petang...saya nak share sikit kat sini antara tip-tip untuk menambahkan susu badan, khas untuk ibu menyusu, dan ianya untuk saya juga amalkan sebagai bekalan buat baby Fatini ..inshaAllah
Susu ibu adalah anugerah terindah dari ibu kepada anak. Jom kita berkongsi doa, zikir dan tip untuk banyakkan susu ibu. Semoga ianya bermanfaat untuk ibu-ibu semua. :)
Tips TAMBAH SUSU BADAN
- Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari
- Sentiasa kosongkan payudara samada menyusu bayi sekerap mungkin atau pun sentiasa mengepam payudara (3jam sekali) jika anda berada di tempat kerja
- Jangan tunggu payudara penuh baru ingin menyusu bayi anda kerana semakin kerap bayi anda menyusu, semakin banyak susu akan di hasilkan (supply & demand concept )
- Amalkan memakan makanan kering seperti buah longan kering, kurma merah, sengkuang cina dan kimis.
- Makan makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu.
- Banyakkan makan ulam-ulaman seperti jantung pisang, pucuk betik muda, kucai, peria, dan alfalfa
- Herba seperti habbatussauda, halba dan jintan hitam
- Sentiasa amalkan urutan, tuam, dan pemilihan pam yang betul
- Elakkan stress dan sentiasa positif dan positif
- Sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah
Amalan ZIKIR untuk perbanyakkan susu ibu
- Zikir Ya Matin (100x setiap hari)
- Selawat dan Bismillah sebelum menyusu atau mengapam
Firman Allah di dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 233 yang bermaksud "para ibu HENDAKlah menyusukan anak-anaknya sehingga 2 tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan"
Khasiat utama dalam penyusuan adalah demi menjaga kesihatan anak yang merupakan amanah Allah sejak hari pertama dilahirkan.
Imam Syafie berkata "sihat atau tidak seorang anak bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan"
Akhir kata, semoga Allah permudahkan urusan penyusuan kita dan ibu-ibu di luar sana..amin.
Jika anda mengalami masalah penyusuan dapatkan kosultansi daripada kaunselor penyusuan yang bertauliah dan amalkan cara pemakanan yang sihat. Makanan tambahan seperti suplemen dan vitamin daripaa SET PENYUSUAN SHAKLEE juga membantu untuk menjayakan proses penyusuan anda. InshaAllah
(✿◠‿◠)
✉ PM ke fb Eilarazi Master
☎ Call/Sms/WhatApp ke 013 3562795
✉ PM ke fb Eilarazi Master
☎ Call/Sms/WhatApp ke 013 3562795
No comments:
Post a Comment