Pernah dengar tak ayat macam ni?
Ramai yang takut-takut nak makan vitamin sebab katanya risau anak yang bakal dilahirkan akan menjadi besar dan sekaligus berkemungkinan untuk bersalin secara normal itu tipis.
Pengalaman kak eila pertama kali consume vitamin hamil shaklee, ketika itu kandungan yang ketiga, anak yang lahir hanya 2.54 kg sahaja. Normal la kan, takde la besar sangat. Nak bersalin pun mudah yang ni, alhamdulillah.
Jadi, persepsi orang yang kata makan vitamin hamil anak jadi besar dalam perut tu adalah SALAH sama sekali. Tak percaya? Cuba tengok dan baca apa yang doktor pakar ni cakap.
Malah disuruhnya lagi supaya makan berterusan sehingga habis pantang dan dijadikan rutin harian.
Tapi sekarang kebanyakan ibu-ibu hanya "allert" pengambilan vitamin sewaktu fasa mengandung sahaja kan. Padahal bagi kak eila, untuk kita dapatkan tenaga dan nutrisi yang cukup, memerlukan keperluan vitamin yang secukupnya supaya apa yang kita bekalkan kepada anak itu juga mendapat manfaatnya, terutama sekali untuk ibu menyusu.
Gambar 1 : Pandangan dari Doktor Hamid Arshat
Dan menurut Dr Muhammad Rafi dari Hospital UMRA, Shah Alam, vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu dan bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ianya membahayakan.
Bayi yang besar bergantung kepada baka atau adakalanya disebabkan ibu itu menghidap diabetis.
Apakah penyebab bayi besar dalam kandungan?
Kak eila kategorikan kepada 3 faktor ya
⏩ Faktor keturunan : Ibu bapa yang besar melahirkan bayi yang besar
⏩ Terlalu bayak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung
⏩ Ibu yang mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi semasa mengandung (kencing manis)
Ada ke tips atau cara lain untuk mengelakkan bayi besar dari usia kandungan?
⏩ Penjagaan dan pemakanan adalah sangat penting semasa hamil
⏩ Kesihatan ibu hamil perlu dipantau setiap bulan
⏩ Ibu perlu menjaga pemakanan. Kurangkan pengambilan yang tinggi gula, berlemak dan karbohidrat
⏩ Merawat sebarang penyakit yang dihadapi ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain
⏩ Membuat rawatan susulan setiap pertumbuhan bayi setiap bulan
Gambar 2: Cadangan vitamin untuk Ibu Mengandung
No comments:
Post a Comment