Saturday, 17 December 2016

Syukur, selepas 6 bulan ectopic pregnancy

Buat UPT nampak garisan samar. Suatu hari terasa perut menyucuk disusuli keluar darah merah seakan-akan datang bulan. Dalam hati memang kuat naluri berkata "aku pregnant".
Perasan masa tu memang berdebar sangat sebab takut miscarrage. Terus ajak suami pergi hospital menuju ke emergency case.
Doktor scan, "Tahniah puan pregnant 9 minggu".
Alhamdulillah. Nampak baby dan jantungnya yang berdegup. Namun doktor tidak mengesahkan apa-apa baby berada dalam kantung atau tidak! Sehingglah semua ini terjawab bila usia kandungan masuk 16 minggu.
Ini lah pengalaman kak eila yang tidak boleh dilupakan. Selepas 6 bulan kejadian ini berlalu, alhamdulillah Allah hantarkan satu lagi berita gembira namun ada bleeding juga seperti dulu cuma tak banyak dan kerap seperti sebelum ni.
Otak memang banyak berfikir, perasaan jadi tak menentu bila terkenangkan peristiwa dulu. Tapi hati dan mulut ini sentiasa berdoa dan berzikir moga Allah lindungi kandungan kali ini dan dipermudahkan urusan.
Sekali lagi ujian upt dibuat di rumah. Alhamdulillah kali ni jelas. 2 line. Esoknya suami suruh pergi terus ke klinik kesihatan ibu dan anak. Nurse arahkan buat checkup sekali lagi di hospital besar, untuk sahkan.
Sekali lagi rasa nak mengalir air mata tapi ku menahan sebab suami ada di sisi. Syukur pada Allah makbulkan doa kak eila dan suami. Baby berada dalam keadaan baik dan sihat. Berbekalkan ubat untuk kuatkan rahim dan pengambilan vitamin dari shaklee (ESP, Bcomplex, Ostematrix, Vitalea, dan Vitamin C) sehingga saat ini menjadi peneman buat akak.
Semua orang tidak melalui pengalaman yang sama. Bagi yang tidak nampak kantung kemungkinan besar anda mengalami kandungan luar rahim, namun dapatkan rawatan susulan dengan doktor pakar. Bagi kes kak eila pula, memang tak nampak tanda baby di luar kantung kecuali mengalami sakit perut yang amat seperti masuk angin dan memang tak boleh nak bangun, rasa nak pitam sebab hb dah low sangat.
Checkup baru ni alhamdulillah hb 12 lebih. Pengambilan vitalea, b complex dan vitamin c secara konsisten banyak membantu. Alhamdulillah kandungan kali dah masuk 9 minggu. Kak eila doakan semoga kawan-kawan ectopic yang lain sentiasa berdoa kepada Allah.
Kita survive satu tiub dan bila Allah hantarkan berita gembira dengan kandungan seterusnya memang rasa amazing sangat. Terima kasih Ya Allah. Besarnya kuasa Allah.
Terima kasih juga buat kawan-kawan yang mendoakan.
Nasihat kak eila kepada ibu-ibu di luar sana, dapatkan rawatan susulan seawal yang mungkin sebaik sahaja diri disahkan mengandung. Dulu memang ambil mudah sangat. "Biarla dulu, tunggu la masuk 3 ke 4 bulan baru buat buku merah. Malas nak berulang kerap kali ke klinik"
Tu la apa yang yang bermain di minda akak sebelum ni. Namun semua mindset itu berubah selepas apa yang terjadi dulu. Fikirkan dulu yang terbaik buat anak dalam kandungan biarpun kita terpaksa korbankan masa dan tenaga.
.
Sedikit perkongsian dari pengalaman yang lalu. Banyak mengajar untuk kehidupan yang akan datang. InshaAllah
.
Alfatihah buat anak syurga ibu, muhammad bin mohd fakhrul razi.
Hadirmu walau sekejap cukup memberi kesan kepada ibu betapa besarnya Kekuasaan Allah dan kasih sayang Allah pada keluarga kita.
.
#SetHamil
#TTC
#EctopicPregnancy

No comments:

Post a Comment