Sayangi dan sentiasa peluk anak-anak
Mengikut sesetengah pendapat, kanak-kanak perlu dimanjakan dan jangan
sesekali dipukul. Sekiranya dia bersikap 'degil' sekalipun cubalah
kaedah lain untuk mengurangkan kedegilan itu. Kita pun pernah melalui
usia sebegini dan pernah bersifat degil . Antara kaedah yang boleh
dicuba dan dipraktikkan adalah:
1. ✔ Cubalah cara ini:
1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya
diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius
mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius
mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan
halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi
Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir
didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam
hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah
orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan.
Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan
nasihat anda.
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
2. ✔ Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak:
Membaca surah Thaha ayat 1-5
Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
Membaca bismillah 5 (3 kali )
3. ✔ Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak
minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.
4. ✔ Cara ini juga boleh dicuba:
1) Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
2) Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
3) Baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi
Daud sebanyak 3kali. {"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT
NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"} dan hembuskan
pada makanan/minuman.
. ✔ Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati
anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh
gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada
ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.
"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya
engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada
Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada
umat manusia, supaya mereka memikirkannya." [Al-Hasyr: surah 59 ayat
21]
Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil
untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia
terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah
S.W.T segala usaha kita akan berhasil.
6. ✔ Amalkan Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri
Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz.
Tafsirnya: “ِAllah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan
dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan
Dialah yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia
dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan
kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah
sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah
disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi
anak.
Doa ibu bapa sangat terkesan buat mereka yang bergelar ANAK
Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir
Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud:
“Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa
yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah
Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan
kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada
Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya
Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa
pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah
al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak
menelaah buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat
38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi
Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah
kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau
sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan
tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak
ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan
bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan
kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan
kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah
kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang
yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doaku.”
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.
Wallahua'lam
http://www.gempak.org/forum/117-tentang-agama/86322-petua-melembutkan-hati-anak.html
Saya sayang Suami dan Anak-anak saya :)
Buat anak-anak ibu ayah, ibu doakan yang terbaik buat kamu semua. Semoga menjadi anak-anak yang baik, taat perintah Allah, tutup aurat, disayangi oleh semua orang, dan menjadi insan yang bertaqwa di jalan Allah.. Amin.....