Assamualaikum. Eila tulis entry ni sekadar sharing n copy paste dari sebuah blog. Kadang ada di kalangan kita ambik mudah dalam perkara wajib seperti ini kan.
Mandi wajib atau mandi junub merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi hadas nya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.
Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam
kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh
anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan
pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan
penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara
ini.
“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib
tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak
sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.”
tegas beliau. Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau
janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.
Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama : Niat.
Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat
mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu didalam hati
dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota
badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat
mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah
Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya
ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat itu
jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia
telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya
tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia
mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.
Sekiranya dia berniat sebelum air sampai
ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada
pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais,
Menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis
di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya
membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi
wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang
zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2
yang jarang atau lebat.
Jika rambut seseorang itu ditocang atau
disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul
itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh
kerana dianggap batin.
Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung
itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam
kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di
bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di
dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut
yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika
rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib
seseorang itu tidak sah.
Oleh itu, seseorang yang mewarnakan
rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia
mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk
membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya, sedangkan
pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada
rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang
menghalang air sampai ke rambut.
Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya
akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut
menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula
ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal
oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud
menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa
sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.
jadi, mestilah dipandang dari sudut yg
berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai
rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan
perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan
perhatian yang lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu
wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya
terdiri daripada 6 sebab.
3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana
dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut
dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka
tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi
ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Rasulullah S.A.W Bersabda : ”
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah
mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain.” [Hadith Riwayat
Muslim].
Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua..amin..
No comments:
Post a Comment