Friday 24 February 2017

Bahaya Placenta Previa ketika mengandung

Sebenarnya kan dalam kegembiraan hati seorang isteri apabila disahkan mengandung, terselit juga rasa kebimbangan sepanjang tempoh kehamilan 9 bulan lebih. Setuju tak?

Dalam tempoh itu macam-macam risiko kita bakal hadapi. Kak eila pernah kena ectopic pregnancy (kandungan luar rahim) Boleh refer pada entry post Ectopic Pregnancy, air ketuban kurang, dan lain-lain masalah alhamdulilah tiada lagi. Ada yang kena refer pakar setiap bulan disebabkan masalah kesihatan lain seperti darah tinggi, kencing manis, dan sebagainya. Bukan senang ya seorang ibu nak melalui fasa ini tanpa ada sokongan oleh suami dan orang sekeliling kan.

Satu lagi masalah yang biasa terjadi adalah mengenai apa yang kak eila nak bincangkan hari ini, iaitu PLACENTA PREVIA atau lebih sinonim dengan URI DI BAWAH. Sebelum tu, kak eila nak share lebih detail maksud uri atau placenta itu sendiri.

"Uri atau placenta adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.

Perbezaan uri yang normal dan uri yang berada di bawah (placenta previa)

Uri di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.

Biasanya kejadian uri di bawah ini terjadi apabila masuk usia kandungan 4 ke 5 bulan atau dalam 24week macam tu.  Masalah uri di bawah adalah sesuatu yang normal pada awal kehamilan, tetapi apabila kandungan berusia melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar. Sebab tu ada ibu-ibu yang mendapati uri kembali normal pada kedudukan sepatutnya selepas kandungan dah makin membesar. Jika uri ini masih kekal di bawah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa (PP).

 Kak eila pun baru tahu sebenarnya ada 4 keadaan atau jenis placenta previa ni. 
  • Jenis 1 : Low lying –  uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak berhubung dengan pintu  servik( OS )
  • Jenis 2: Marginal – uri berada di bahagian bawah rahim dan berada di pinggir pintu servik
  • Jenis 3: Partial –  uri menutupi sebahagian pintu servik
  • Jenis 4: Complete –  uri menutupi keseluruhan pintu servik
4 jenis placenta previa




Jenis ke 4 iaitu uri menutupi seluruh pintu rahim berisiko tinggi untuk mendapat kelahiran pramatang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simptom pesakit dengan memasukkan mereka ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.


Sumber arkib utusan online

Thursday 9 February 2017

10 CARA semulajadi untuk HAMIL KEMBAR

Assalamualaikum. 

Kali ni, eila nak kongsikan 10 cara semulajadi yang memungkinkan peluang untuk mengandungkan si kembar. Ia tidak semestinya sesuai untuk semua orang ye. Apa salahnya ikhtiar kan


Mesti ramai teruja bila dapat tahu hamil kembar kan 💓

.

1. Pengambilan Folat dengan konsisten

Ada kajian yang dilakukan menunjukkan wanita yang mempunyai kandungan folat tinggi dalam badan (atau mengambil folat dalam pemakanan/supplemen) akan meningkatkan 40% peluang kehamilan kembar. Akan tetapi ada juga kajian yang menunjukkan sebaliknya.

Namun untuk anda, wanita yang sedang berusaha untuk hamil, sangat digalakkan untuk konsisten dalam pengambilan folat. Ia dapat mengelakkan neural tube defects dan membantu menstabilkan hormon wanita.
.

                                                  

B complex shaklee mengandungi asid folic dan kesemua 8 kumpulan jenis vitamin B penting


2. Pengambilan produk tenusu

Kajian menunjukkan wanita yang mengambil produk tenusu yang banyak di dalam diet mereka adalah lebih berpeluang hamil anak kembar. Ini disebabkan oleh Insulin-like Growth Factor (IGF) dalam lembu dan mungkin beberapa hormon yang terlebih dahulu disuntik kepada lembu-lembu ini.


.

3. Umur yang meningkat

Wanita yang lebih dewasa (berumur, tapi tidaklah sampai umur putus haid tu), lebih berpeluang untuk hamil anak kembar. Saya pernah membaca, umur 30 tahun ke atas adalah sangat cerah peluang untuk mendapat anak kembar.

Wanita yang lebih dewasa akan menghasilkan hormone peransang folikel (FSH) yang lebih tinggi jumlahnya yang meningkatkan penghasilan ovum lebih dari satu. Akan tetapi, kadar kesuburan akan turut sama turun dengan meningkatnya umur. Jadi janganlah tunggu lama sangat untuk mengandung semata-mata untuk mendapat anak kembar. Nanti jangankan anak kembar, nak hamil seorang pun belum tentu apabila umur sudah jauh meningkat.
.

4. Hyperovulation

Apabila dua atau lebih ovum (telur) dikeluarkan ketika ovulasi berlaku. Ini boleh berlaku kerana genetik, putus haid, umur, mengambil ubi cassava dan pelbagai sebab hormon lain.
.

5. Genetik keluarga

Ia sebenarnya lebih kepada genetik di sebelah ibu. Jika keluarga sebelah ibu mempunyai sejarah kehamilan dan kelahiran anak kembar, maka peluang ibu itu untuk hamil anak kembar adalah lebih tinggi.

Ini adalah kerana hyperovulation genetic. Pastilah ibu yang akan mengalami ovulasi, bukan ayah kan? Maka genetik ini diwarisi dari keturunan sebelah ibu.
.

6. Ketinggian

Wanita yang memiliki ketinggian dan julat berat badan sederhana atau lebih mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hamil kembar. Selain itu, peluang akan lebih tinggi jika ibu itu seorang yang aktif bersenam.

.

7. Penyusuan Susu Ibu




Menyusukan bayi tidak mudah, tetapi tidakla terlampau susah. Jika anda masih menyusukan bayi anda sehinggalah hamil, dan masih lagi meneruskan penyusuan tersebut, kajian ada menunjukkan kemungkinan untuk mendapat anak kembar lebih tinggi.

.

8. Jumlah anak yang ramai

Semakin tinggi jumlah anak anda, maka semakin tinggi peluang untuk anda hamil dengan anak kembar. Sebab itu, jika anda perhatikan, anak kembar ini selalunya anak ketiga, keempat atau pun bongsu. Jarang anak kembar yang sulung.

.

9. Pengambilan Magnesium / Kalsium (
Makanan yang kaya dengan Kalsium)

Ada kajian yang menyatakan pengambilan kalsium boleh menaikkan peluang untuk hamil kembar. Ini juga mungkin berkait rapat dengan pengambilan produk tenusu seperti yang kak eila nyatakan di atas. Sebab produk tenusu memang kaya dengan kalsium dan magnesium. Akan tetapi janganlah sampai overdose pula.




Yang bab susu ni kak eila kurang gemar hehe. Tapi sebagai alternatif lain, kak eila amalkan pil kalsium dari shaklee OSTEMATRIX. Memang bukan sekardar kalsium tapi juga mengandungi magnesium dan vitamin lain. 
Dapatkan PROMOSI FEBRUARI ostematrix. Beli 2 diskaun 5%


10. Percubaan untuk hamil selepas berhenti merancang kehamilan

Jika anda dalam fasa merancang kehamilan, anda boleh juga cepat-cepat berusaha untuk hamil selepas sahaja perancangan kehamilan dihentikan. Ketika ini badan dalam fasa menstabilkan hormone dan mengambil masa untuk sesuaikan sistem badan dengan perubahan setelah perancangan kehamilan dihentikan. Ini boleh meningkatkan tahap hormon dalam badan dan peluang ovum yang lebih dihasilkan ketika ovulasi berlaku.

Kita hanya mampu berusaha. Allah juga yang memungkinkan kehamilan kembar itu terjadi sebenarnya. Dan kehamilan kembar juga datang dengan risiko yang pelbagai, begitu juga dengan selepas kelahiran mereka.

Jadi, jika begitu inginkan anak kembar, anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Perlu banyak belajar mengenai kehamilan, penyusuan dan penjagaan mereka.



.
Ok, itu sahaja tips dan perkongsian dari kak eila hari ni. Next time kak eila berkongsi lagi tips lain dan info KEHAMILAN buat ibu hebat di luar sana ya. InshaAllah.

.

--;--@ 🌹 Eila 🌹 konsulTibuMengandung
🌿013-356.2795 🌿
#AgenShakleeAnda
#SetHamil
#TTC
#CantikDanCergasKetikaHAMIL

Tuesday 7 February 2017

Promosi FEBRUARI 2017

Assalamualaikum.
Hari ni kak eila nak kongsikan PROMOSI yang berlangsung sepanjang bulan Februari 2017. Banyak tau dan semua best-best. Yang bestnya sebab dapat VITAMIN PERCUMA! Nak tak kalau kak eila nak bagi FREE jer. Tipulah kalau tak nak kan. Hehe, so u all wajib grab peluang yang kami tawarkan bulan ini ya 💗

Beli sebotol LECHITIN dapat FREE lagi sebotol

Beli Alfalfa botol besar atau kecil dapat PERCUMA lagi sebotol
BOTOL BESAR : 700 biji
BOTOL KECIL : 330 biji

Promosi OSTEMATRIX 
BELI 2 LESS 5%
atau
BELI 6 PERCUMA lagi sebotol ostematrix

PROMOSI VIVIX yang awesome. Ramai yang cari dan beli time promosi
FREE POS
FREE MEMBERSHIP lagi
dan dapat beli bersama MUG comel dari shaklee
FREE PAPER BAG


Wow, ada lagi promosi belian SET VITAMIN ASAS dengan pemilihan bersama mug shaklee atau tidak
dan dapat BEG COMEL ni dari shaklee



PROMOSI TAMAT SEHINGGA 28 FEBRUARI SAHAJA ya. TERHAD dan selagi masih ada stok.

Jika berminat boleh hubungi kak eila ya 013-356.2795 atau add faceobook akak Norshaila Yusof

COD : MENTAKAB dan TEMERLOH