Sunday 5 July 2015

Bahaya dehidrasi Ketika HAMIL!

{ DEHIDRASI }

Dalam istilah perubatan, "DEHIDRASI" ditakrifkan sebagai kekurangan air yang banyak dari badan. Ibu-ibu jangan anggap perkara ini adalah perkara biasa ya, kerana dehidrasi yang teruk untuk wanita HAMIL boleh menyebabkan peningkatan suhu dalam tubuh dan boleh memberi kesan negatif kepada bayi dalam rahim terutama ketika di awal kehamilan.
.

Air dalam tubuh memainkan peranan penting ketika membuang bahan kumuh dari organ hati dan ginjal pada ibu dan bayi di dalam rahim. Kekurangan air menyebabkan organ tersebut mengalami masalah untuk menjalankan fungsinya. Biasanya akibat "morning sickness" ini yang menyebabkan terjadinya dehidrasi dalam badan. Jadi, ibu Hamil tolong allert ya. Jangan ambik mudah. Elakkan dehidrasi berlaku dalam badan kita terutama di awal kehamilan (trimester pertama).
.


Gambar 01: Loya mengakibatkan badan dehidrasi dan cepat letih 
.

Di awal kehamilan kebanyakan berlaku alahan dan muntah. Semasa ibu hamil muntah, banyak cecair dalam badan keluar dari tubuh kita dan ini lah salah satu punca menyebabkan ibu mengalami dehidrasi. Apatah lagi ibu-ibu tidak mempunyai selera makan dan minum di awal kehamilan.
.

Demam dan sakit juga boleh menyebabkan badan seseorang dehidrasi. Biasa berlaku pada (trimester kedua dan ketiga). Malah ibu hamil yang bekerjaya kerana banyak memerlukan pergerakan fizikal, tinggal di dalam cuaca panas juga adalah faktornya. Kalau kita tengok kenapa ada sesetangah ibu mengandung berasa "contraction" walaupun jangka untuk bersalin masih jauh, ini kerana dehidrasi akan memberangsangkan rahim mengalami kontraksi.
.


Antara tanda-tanda badan kekurangan air adalah seperti berikut...

 Gambar 02: Tanda-tanda badan kekurangan air


Ada 2 KESAN akibat badan kekurangan air (DEHIDRASI) buat ibu mengandun :

1)  Menyebabkan kontraksi 
.

2)  Menyebabkan air ketuban menjadi kurang di dalam rahim


Bulan puasa memang mencabar terutama bagi ibu hamil dan ibu menyusu kan..alhamdulillah sejak minum air Isotonik ( TANPA GULA & GAS ), dah kurang rasa dahaga dan boleh kekalkan tenaga dalam badan..bendalir dalam badan pun akan kekal lebih lama untuk mengelakkan badan dehidrasi atau kekurangan air..


 Gambar 3: Air isotinik selamat untuk ibu mengandung





Jangan lupa dapatkan PERFORMANCE DRINK yang TERLARIS di bulan PUASA ini ya. Hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi secara PERCUMA!


✉ PM ke fb Eilarazi Master
☎ Call/Sms/WhatApp ke 013 3562795
COD Mentakab & Temerloh
POSLAJU seluruh MALAYSIA