Monday 18 August 2014

Koleksi resepi Baby

Jom share resipi. Eila nak sedikan koleksi resepi baby senang untuk eila n mummy buat rujukan.

Tq kawan-kawan group homemade baby

Puding roti with kurma n keledek and unsalted butter.
Cara-cara
 
1. Stim keledek dan kurma. Make sure ksledek tu lembut. Takut kalau keras anak kembong plak.
2. Blend roti dengan sume yang d stim. Tambah unsalted butter untuk bagi rasa lemak gituu.
3. Stim balik sumua bahan yang di blend tadi.  Stim 15 minit (sbb waswas tkt x masak. Hihi).
4. Siap stim bleh dihidang. Tapi kalau sejukkan lagi best.

Saya bagi roti wholemeal. 

** Menu utk 8 bulan ke atas.

 Pasta
Cara-cara

1. Rebus spaggeti (nak guna pasta lain pun boleh)
2. Cincang bawang putih, tumis guna olive oil.
3  Kemudian masukkan tomato yang dah dipotong kecil-kecil
4. Goreng sekejap tomato tu, kemudian masukan air, celery & ayam.
5. Bila ayam dah masak, masukan spaggeti yg dah direbus tadi, masukan cheese.
6. Bila nampak air dah hampir nak kering, tutup api. Siap!

Saya buat dia berkuah sikit. Rasa dia lemak masam masin. Sedap. Hehe
** Menu utk 8 bulan ke atas. Intro tomato semasa 10 bulan. 

Spaghetti Bolognese versi homemade

 Boleh jgk dimkn dgn pastazoo, macaroni & semua jenis pasta, couscous pon boleh


Cara-cara

1. Potong carrot, celery & tomato... Pastu blend
2. Tumis bawang merah & bawang putih
3. Masukkan ayam yang dicincang... Guna daging pun boleh.
4. Masukkan sayuran yang dah di blend tadi & tambahkan mixed herbs...
5. Masak sehingga kuah memekat..
 ** Menu untuk 10 bulan ke atas. Intro tomato semasa 10 bulan. 
ihsan picture & resepi :  Nurul Maslia Hidayu Shohodin

 Organik oat+kurma+pisang

Cara-cara

1. Oat direndam 12/24 hour dengan perahan lemon
2. Esok nya rebus sehingga likat
3. Kurma direbus sekejap, air nya di ambil (boleh dibuat minum utk anak )
4. Kurma di blend n cmpurkan dengan oat tadi
5. Pisang dipotong dadu,bila nak makan lenyek-lenyekkan...tadaaa siap!!
  
ihsan picture & resepi :  Fizah Marowi 

Buah-buahan yg lembut mcm avocado, pisang, betik, dragon fruit, kiwi, mango, blueberries, tembikai tak perlu steam (just lenyek guna garpu or guna food grinder). Yg perlu steam buah2 keras mcm apple, pear, apricot.



Resipi for 8 bulan..menggunakan cheese, sebaiknya guna brand BEQA yang dalam block lebih tahan lama.

Cara-cara

A..stim lu sayuran
B..cairkan butter lu..
C..masukkan ayam tumis smpi masak
D..masukkan sayur yg dh stim tdi..kacau..
E..masukkan cheese Beqa dan kacau smpai cheese cair..
F..campur dgn bubur
Dah siap...


ihsan picture & resepi : Faiyushi Alyne


Jom kenalkan pemakanan baby dengan PUREE

Hye all..eila jarang buat puree, tapi nak jugak share mana tau kan kalau-kalau masa suntuk nak prepare barang n makanan lain. Kat sini eila banyak rujuk dekat group facebook homemade solid food baby. Jom kita tengok puree apa yang best dan sesuai untuk baby yang baru nak start makan.









Thursday 14 August 2014

BAHAN masakan baby

Assalam dan selamat pagi..sebelum eila sharekan RESIPI untuk baby khasnya untuk baby Fatini, eila nak kumpul maklumat dan share dulu bahan-bahan yang boleh kita rujuk untuk pengetahuan ibu-ibu di luar sana. Semoga ianya bermanfaat untuk kita ya mummy... :)

Millet

Millet @ dalam bahasa malaysia dipanggil sekoi..biase kite dengar sekoi nie makanan burung..hihihi...tetapi khasiatnye same seperti beras perang kerana ia adalah 'whole gain' yang mengandungi serat yang tinggi.. Ianye juga sangat bagus untuk kesihatan dan baik untuk pertumbuhan, tumbesaran kerana ia mengandungi karbohidrat, protien dan juga lemak.

Boleh didapati di kedai farmasi cosway..madunye pun ada.
Penyediaan millet same mcm beras perang
Tempoh merendam millet 6-12jam..Kalau dah rendam tempoh masak sekejap sahaja. 3-4 sudu untuk sekali makan anggaran kasar la.
Kena masak. Boleh buat sup..+ vege..rebus sampai kembang..dan bleh + dengan fruit..
Millet 7m n above dah bleh intro kat baby

 Olive oil

Olive oil ada 2 dan ianya berbeza sama sekali cara penggunaannya : 
Pure olive oil utk menumis makanan baby (biasa nak menumis pakai butter pun boleh)

Extra virgin olive oil hanya letak dalam makanan baby x perlu tumis. (hanya tuang je sesudu evco dalam makanan dia setiap kali makan, boleh juga campur dalam puri buah, nasi, or apa-apa masakan)


Yogurt Farm Fresh.
Pengenalan yogurt kepada baby from 8m to 10m dah boleh bagi. Boleh campur dengan buah atau sayur seperti lobak, saleri, kurma, kismis, buah naga dll. Yougurt lebih baik digunakan dalam masa seminggu. Yogurt ada la probiotik..mengandungi sejuta bakteria baik..yang baik untuk badan kita... Kalau baby selseme@batuk seeloknye elak kan dari mengambil yogurt sebab yogurt dari tenusu.. Ia boleh menggalakkan lg kahak..


 Cheese Brand TATURA

 

 Cream Cheese Brand BEQA

Cheese boleh diperkenalkan kepada bayi 8bulan dan ke atas. Sebaiknya beli yang dalam bentuk BLOK. Sebab yg slice biasanya agak masin dari blok. Boleh parut dan campur dalam masakan baby. Caranya letakkan cheese selepas masak dan api ditutup kerana cheese akan cair dengan sendiri. Brand BEQA biasanya lebih tahan lama daripada brand tatura. Simpan dalam sejuk beku.


Bilis yang di sangai
1 : Cuci bersih-bersih ikan bilis, buang tulang, taik ikan bilis tu..hehe Then rendam semalaman.
2 : Lepas dah rendam semalaman tapis. Biar 15 mini. Lepas tu sangai atas pan.
3 : Sangai sampai warna kekuningan sikit. Make sure sangai betul-betul supaya stok tahan lama(xrosak).
4 : Blend halus. Simpan dalam bekas bertutup. Siap!

*So nnt bole campur dengan bubur nasi sebagai perasa tambahan. MSG ni gantikan garam utk makanan baby kite. Elakkan penghunaan garam below 2 years old.

 Organic Rolled Oats
Boleh perkenalkan oat untuk 8 bulan ke atas.
Organic oat tidak berapa sesuai untuk diperkenalkan kepada baby